Kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian,
InsyaAllah saya dan isteri akan pergi ke tanah suci untuk menunaikan fardhu haji mulai 15 Oktober 2011. Kepada teman-teman yang mengenali saya dan isteri, kami ingin mohon maaf atas segala kesalahan samada sengaja atau tidak dan halalkan segala makan minum. Semoga teman-teman sudi mendoakan kami agar diberikan kesihatan, kekuatan, ketenangan dan kesabaran yang tinggi untuk menjalani ibadah haji dengan sempurna di sana nanti. Kami juga akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kejayaan teman-teman semua di dunia dan akhirat, InsyaAllah.
Mesej di atas dihantar dalam emel sekolah sebelum berangkat ke Mekah pada 15/10/2011. Perjalanan ke Mekah Al-Mukarramah bermula dari rumah ke lapangan terbang Pulau Pinang. Sebelum itu mendaftar di pejabat Tabung Haji (TH) Pulau Pinang. Masa pendaftaran pihak TH meminta semua jemaah membuka akaun bank islam berserta dengan kad ATM kerana ada kemungkinan TH tidak menyediakan perkhidmatan untuk mengeluarkan wang di Mekah atas arahan Arab Saudi. Perjalanan seterusnya menuju ke Mekah melalui penerbangan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur dan seterusnya ke Mekah. Sebelum berlepas dari Kuala Lumpur semua jemaah diminta untuk berpakaian Ihram kerana akan berniat umrah bila sampai di miqatnya nanti. Sampai di Mekah, jemaah dibawa terus ke hotel penginapan berhampiran Baitullah dengan menggunakan Bas. Di pertengahan perjalanan terdapat seperti check-in di mana pihak berkenaan telah memberikan bungkusan makanan dan minuman untuk para jemaah.
Sampai di hotel penginapan, kira-kira waktu tengah malam, kami mendaftar masuk dan berehat sebentar sehingga waktu hampir subuh. Semua jemaah yang masih berihram terus ke baitullah untuk melakukkan tawaf selamat datang hingga selesai yang dipandu oleh seorang mutawif berbangsa arab. Maka bermulalah urusan haji kami semua.
No comments:
Post a Comment