Program Sama' Hadis Sahih Imam Bukhori telah diadakan pada 10-21 November 2024 di Masjid Putra, Putrajaya. Prof Dr. Syeikh Yusri Rushdi Sayyid Jabr Al Hasani (walaupun ada pihak yang mempertikaikan kehadirannya kerana bersangkut dengan beberapa isu) menyampaikan ucap utama pembukaan majlis ini dengan menceritakan kepentingan majlis riwayat hadis Imam Bukhari dalam menghayati hadis Nabi Muhammad SAW untuk semua mengambil manfaat Dan melaksanakannya dalam kehidupan. Hingga dikatakan hadis Sahih Bukhari berada ditingkat yg paling atas berbanding dgn hadis lain seperti Muslim, Termizi, Nasai, Abu Daud, Dan yang lainnya. Imam Bukhari bukanlah yg menulis kitab sahih Bukhari, tapi beliau hanya mengumpulkan hadis dengan teliti sehingga 600 ribu namun akhirnya menentukan hanya 7563 hadis sahaja yang paling sahih. Hadis2 ini telah dibukukan oleh pengikut selepas itu. Para ulamak dari dahulu hingga sekarang mengiktiraf Sahih Bukhori sebagai sebuah kitab rujukan yang utama selepas al-Quran. Seramai lebih kurang 500 peserta dalam dan luar negeri telah menyertai program ini yang dirasmikan oleh YB senator Dato Dr. Naim menteri agama. Saya berkesempatan hadir menyaksikan majlis pembukaan ini dan mendengar bacaan sehingga 100 hadis awal sahih Bukhori. Alhamdulillah.
Blogger: ahlulwulus@2024
No comments:
Post a Comment