Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

21 January 2018

BICARA POLITIK MENJELANG PRU14

Pilihan raya ke 14 hampir menjelang tiba. Sudah sampai masanya kerajaan yang ada sekarang perlu membubarkan parlimen dan mendapat mandat baru dalam pilihan raya mengikut sistem demokrasi berparlimen yang di amalkan di Malaysia. Namun kali ini agak menarik kerana seolah-olah isu politik begitu banyak dan sedang diperkatakan diseluruh pelusuk masyarakat samada di dalam mahupun luar negara. Hal ini berlaku kerana maklumat sudah berada dihujung jari dan bergerak terlalu pantas mengalahkan wartawan biasa yang melaporkan berita secara tradisional. Bukannya isu politik ini tiada atau kurang pada masa dahulu, namun sekarang ia dilihat terlalu banyak dan berat apabila media sosial menyiarkan isu-isu ini tanpa henti. 

Media sosial seperti Twitter, Facebook dan Whatsapp amat berpengaruh dalam menyebarkan maklumat pada masa ini. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah merubah kaedah komunikasi kepada yang lebih inovatif dan informatif. Penggabungan teknologi komunikasi dan sistem maklumat ini telah mewujudkan senergi mantap dalam kepelbagaian kaedah komunikasi melalui komputer, tablet, telefon bimbit, telefon pintar dan sebagainya. Kesediaan talian internet dan rangkaian jalur lebar telah membolehkan kaedah komunikasi media sosial yang baru diperkenalkan. Terdapat banyak aplikasi media sosial yang disediakan secara berbayar atau ia diberi secara percuma, namun aplikasi whatsapp dilihat paling popular berbanding dengan aplikasi yang lain. Jadual berikut menunjukkan penggunaan aplikasi whataspp di seluruh dunia.

Jumlah Pengguna dan Pengendalian Mesej

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKM), pada tahun 2016 pengguna internet diklasifikasikan mengikut peratus penggunaan seperti di jadual berikut:
Peratus Pengguna Internet Mendapatkan Maklumat
Berasaskan jadual di atas, didapati pengguna aplikasi "mesej segera" mempunyai peratus yang besar (90.4%) berbanding dengan penggunaan aplikasi yang lain. Aplikasi "mesej segera" merujuk kepada aplikasi media sosial seperti Facebook, Twitter, Whatsapp dan sebagainya. Tidak hairanlah penyebaran maklumat melalui media sosial didapati lebih cepat dan berkesan mempengaruhi persepsi orang awam dalam sesuatu isu berbanding dengan media tradisional sedia ada.

Pada masa ini, boleh dikatakan kebanyakan media sosial berbicara tentang isu politik, dan sudah tentunya berkaitan dengan pertentangan hujah antara pihak yang pro-kerajaan dan pro-pembangkang. Masing-masing dengan hujah dan fakta yang belum tentu ada kebenarannya, namun dalam suasana komunikasi masa kini hal itu tidak dipedulikan. Hanya akal yang bijak, waras dan dipandu dengan iman saja akan dapat menentukan kebenaran sesuatu berita tersebut. Oleh kerana hal ini dilihat memberi impak yang besar kepada pemikiran masyarakat, maka tidak heranlah parti parti politik yang bertelagah ini menggunakan media sosial dengan sebijak mungkin untuk menangani isu dan penyebaran maklumat yang tidak betul terhadap parti masing-masing. Pada masa yang sama, penyokong dari pihak yang bertelagah terus meneruskan menggunakan hujah dan fakta yang tersedia dalam media sosial untuk teruskan berdebat sesama ahli dalam kumpulan sehingga boleh merenggangkan hubungan silaturrahim yang sedia ada.

Baik atau buruknya akibat pertengkaran hal-hal politik di dalam media sosial bukanlah isu penting yang hendak dibincangkan. Yang penting, masyarakat perlu dipengaruhi sebaik mungkin untuk memilih parti yang akan memerintah negara untuk 5 tahun yang akan datang. Parti yang akan menjadi kerajaan selepas ini mestilah mampu meberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat Malaysia khasnya dan masyarakat antara bangsa umumnya. Kerajaan baru selepas ini perlulah bersedia menghadapi keterbukaan penyebaran maklumat yang pelbagai kerana itulah trend kemajuan ICT yang tidak dapat dielakkan. Malah ia akan menjadi semakin "ubiquitous" pada masa-masa yang akan datang. Generasi akan datang tentunya semakin pandai dan bijak menilai maklumat.

ahlulwulus@2017

19 February 2016

GOL MAGIK DARI FAIZ SUBRI

Minggu ini heboh pasal gol jaringan pemain Pulau Pinang Faiz Subri yang dianggap luar biasa dan cantik berlaku semasa perlawanan liga super antara Pulau Pinang menentang Pahang yang berkesudahan Pulau Pinang menang 4-1. Jaringan yang menarik itu telah mendapat perhatian dunia dan ramai pihak yang memujinya serta beranggapan gol tersebut adalah yang terbaik sepanjang sejarah bola sepak sejak ia pernah di lakukan oleh pemain lagenda Brazil Roberto Carlos pada 19 tahun yang lalu. Walaupun 

Tayangan sepakan gol Faiz Subri


Malaysia bukanlah negara yang berkedudukan baik dalam 'rangking' bola sepak dunia, namun tiada  yang mustahil Malaysia mampu menghasilkan pemain dan permainan boleh sepak yang bertaraf dunia seperti yang dilakukan oleh Faiz Subri. Kita harap suati masa nanti Malaysia akan berada dalam pasukan bola sepak di piala dunia dan seterusnya meraih kejayaan yang cemerlang dalam sukan yang prestij ini.

"Malaysia Boleh !!!"
ahlulwulus@Feb2016

29 February 2008

PILIHANRAYA KE-12 - 2008

Piliharaya ke-12 telah datang dan bersedia untuk dijalankan dalam suasana politik negara yang pelbagai. Seperti pilihanraya umum yang lepas, pelbagai parti dengan misi dan manisfesto masing-masing berusaha untuk memenangi hati rakyat malaysia agar memilih mereka untuk memerintah kerajaan Malaysia atau negeri untuk 4-5 tahun yang akan datang. Tarikh pilihanraya umum ke-12 ini telah ditetapkan pada 8 Mac 2008 dengan tempoh berkempen selama 13 hari.

Bagi kita rakyat Malaysia yang merdeka ... apakah pilihan kita kali ini? Kerajaan yang macam mana akan menjadi pilihan kita? Sebagai warganegara yang telah melepasi era penjajahan, sudah pastilah keputusan yang dibuat bebas daripada unsur-unsur penjajahan rohani dan jasmani. Kerajaan yang akan membawa kesejahteraan kepada rakyat serta memastikan kelangsungan negara ke mercu kejayaan pasti akan menjadi. Di samping itu, nilai-nilai murni dan rakyat yang bertanggungjawab perlulah menjadi agenda penting kerajaan bagi memastikan kerajaan yang dibentuk mendapat keredhaan (mardatillah) Allah swt.

ahlulwulus@2008

21 August 2007

SEMPENA HARI KEMERDEKAAN KE-50

Sambutan hari kemerdekaan setiap tahun memberi ingatan tentang betapa bertuahnya kita dapat hidup di Negara yang aman dan makmur serta bekerja di sebuah universiti yang terkenal dan amat disegani. Dengan adanya kemerdekaan ini, kita mampu untuk membina Negara dan melakar kejayaan demi kejayaan demi bangsa dan Negara yang tercinta.

Walaupun begitu, bukan mudah untuk kita meraih kejayaan seperti sekarang. Pelbagai cabaran perlu ditempuhi dan ditangani. Dari masalah ekonomi dan sosial di peringkat Negara hinggalah global dapat kita atasinya dengan bijaksana dan berkesan. Pimpinan Negara yang bijak dan berwawasan telah berjaya memupuk semangat jati diri rakyat yang mantap serta kejayaan Negara mengikut acuan sendiri yang diwarisi dari perjuangan kemerdekaan dahulu. Walaupun ada segelintir rakyat hanyut dengan keseronokan kemodenan negara hingga sanggup mengadai nilai-nilai murni yang dipegang sekian lama, namun perjuangan tetap diteruskan. Tiada apa yang dapat menggagalkan hasrat murni seluruh rakyat untuk memastikan bangsa dan negara akan terus cemerlang, gemilang dan terbilang.

Oleh yang demikian, sebagai rakyat Malaysia yang cintakan Negara harus mengambil iktibar daripada semangat kemerdekaan dengan sama-sama terlibat dengan aktiviti kemerdekaan yang tidak melanggar adat dan tatasusila bangsa dan agama agar natijah daripada sambutan tersebut akan terus tersemat dan seterusnya mampu membentuk semangat jati diri yang sebenar bagi menjamin sebuah Negara Malaysia yang maju dan berjaya.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan !!!

MERDEKA !!! MERDEKA !!! MERDEKA !!!