Showing posts with label sahabat. Show all posts
Showing posts with label sahabat. Show all posts

19 September 2022

WALIMATUL URUS SAHABAT

Pada 17 September 2022 (Sabtu) menghadiri majlis walimatulurus dua orang sahabat lama Wahab Ibrahim dan Zulkifli Bidin. Saudara Wahab Ibrahim sahabat zaman persekolahan di SM Chenderung Balai pada tahun 1981-1982, dan kendurinya di Gombak, manakala saudara Zuklifli Bidin adalah sahabat semasa bertugas di Felcra Seberang Perak pada tahun 1990-1991, dan kendurinya di Felcra Seberang Perak, Changkat Lada. Semoga kedua-duanya beroleh anak menantu yang membawa kebahagaian di dunia dan akhirat. Aamiin.

Wahab Ibrahim


 
Zulkifli Bidin


Blogger: ahlulwulus@2022

12 February 2022

SAHABAT ZAINAL HARUN DAN SULAIMAN HASHIM TELAH MENINGGAL DUNIA

Sahabat lama semasa zaman persekolahan di SMK Maharaja Lela, Kg Gajah saudara Zainal Harun dan Sulaiman Hashim (dikenali sebagai Leman Padang Kerbau) telah meninggal dunia selang beberapa minggu berturut-turut. Dimulai dengan Zainal Harun yang katakan sesak nafas menjelang subuh di rumahnya. Manakalah Sulaiman Hashim pula dikatakan sesak nafas juga selepas menghadiri kenduri. Dimaklumkan juga saudara Zainal telah selesai cucuk vaksin dos kedua, dan saudara Sulaiman baru dua hari cucuk dos booster. Tidaklah dapat dipastikan samada punca kematian adalah berkaitan dengan vaksinasi ini. Wallahu Aqlam.

Sulaiman Hashim

Kedua-dua sahabat ini telah lama tinggal di kampung Bukit Chawi dan melangsungkan kehidupan mereka di kampung. Hanya sesekali saja aku berjumpa dengan mereka apabila waktu balik kampung di musim hari raya. Namun sejak pandemik covid19 ini, telah lama aku tidak balik ke kampung dan telah lama juga tidak berjumpa mereka. Namun dua minggu selepas kematiannya, Zainal Harun ada menghubungi aku dan berkongsi cerita mengenai perjumpaannya dengan sahabat Daud dan Yunus, yang juga sahabat zaman persekolahan. 

Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa mereka dan ditempatkan mereka di kalangan orang-orang soleh dan bertaqwa. Aamiin.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَلَهُ وَأَعْقِبْنِي مِنْهُ عُقْبَى حَسَنَةً
Allahummaghfirli wa la hu wa’qibni min hu ‘uqbaa hasanah
“Ya Allah, ampunilah diriku dan dia serta berikan kepadaku darinya pengganti yang lebih baik.”

Blogger: ahlulwulus@2022

25 September 2021

MENINGGAL SEORANG SAHABAT YANG BAIK - PROF MADYA DR. LIONG CHOONG YEUN

Innalillahi wainnalillahi rojiun. 

Mendapat makluman dukacita bahawa sahabat sepengajian di UTM 1983-1988 PM Dr. Liong Choong Yeun telah meninggal dunia hari ini, jam 8.40 pagi. Allahyarham yang dikhabar telahpun memeluk Islam terkena serangan jantung semalam, dan telah dimasukkan ke hospital Kuala Kerai, dan 'intubated' sehinggalah beliau meninggal. Difahamkan juga keluarga beliau yang tidak mengetahui status keIslamnya telah mengebumi Allahyarham Dr Liong mengikut adat masyarakat Cina di Nirwana.


Mengenali Dr. Leong semasa hayatnya bermula semasa kami semua belajar dalam jurusan Sains Komputer di UTM Jalan Semarak. Beliau seorang yang baik, lemah lembut, berbudi bahasa dan sangat 'friendly' dengan rakan pengajiannya. Tidak dinafikan beliau diantara pelajar yang bijak dan sering mendapat markah yang tinggi dalam setiap subjek yang diambilnya. Tidak hairanlah beliau di antara pelajar cohort masa itu yang mendapat kelas pertama, selain saudara Gurpardeep Singh. Melalui media sosial, hubungan kami rakan-rakan sekelas dahulu telah dapat berhubung dan mengetahui perkembangan dan cerita masing-masing, dan dapat berjumpa semula melalui aktiviti reunion dan majlis perkahwinan. Namun, masanya telah sampai, tiada cepat sesaat mahupun lambat sesaat, Dr. Leong telah menemui penciptanya dalam keadaan kebanyakan rakan-rakan tidak tahu akan keIslamannya. Respon rakan-rakan dalam wassup.


Takziah diucapkan kepada keluarga PM Dr. Leong, semoga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Aamiin 👐

Blogger: ahlulwulus@2022

05 August 2019

TAKZIAH KEPADA SAHABAT DR. HAZARUDDIN BIN HARUN

Takziah diucapkan kepada sahabat se pejabat Dr. Hazaruddin bin Harun, atas kepulangan isteri beliau, Allahyarham Dr. Hamirul’Aini binti Hambali, juga sahabat di pejabat yang sama, kembali ke  rahmatullah pada hari ini 5 Ogos 2019. Allahyarham adalah seorang sahabat yang baik serta seorang pensyarah yang amat disenangi oleh pelajarnya. Kita doakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan tergolong di kalangan roh orang yang beriman dan beramal soleh. Semoga Dr. Hazaruddin juga diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupanya tanpa isteri yang tersayang.


Aamiin.

Al-Fatihah untuk Allahyarham Dr. Hamirul’Aini binti Hambali.

ahlulwulus@2019

16 February 2016

TAKZIAH KEPADA AHMAD LOKMAN

Takziah kepada sahabat Ahmad Lokman atas pemergian anakanda Noor Fadhilah yang tercinta di usia yang sangat muda. Semoga arwah Noor Fadhilah dicucuri rahmat dan bersama dengan orang-orang yang soleh dan solehah. Tidak menjangka menziarahinya kelmarin adalah kesempatan bermula dan terakhir berjumpa dengannya beliau. Saudara Lokman adalah sahabat program persahabatan ke Jepun pada 1997. Beliau nampak begitu tabah menghadapi ujian ini. Semoga Allah memberinya kekuatan untuk meneruskan kehidupan tanpa anakanda Noor Fadhilah di sisi.

Al-Fatihah untuk Noor Fadhilah.

ahlulwulus@Feb2016

14 February 2016

MAJLIS WALIMAH ORANG SELAT PULAU

Kelmarin (sabtu) dan hari ini menghadiri majlis perkahwinan anak sahabat dan juga jiran sekampung suatu ketika dahulu. Kedua dua majlis tersebut amat meriah dah tahniah kepada Yeop Nai@Monso di Putrajaya dan Hassan Adli di Puncak Alam yang mengadakan majlis tersebut. Saudara dari kampung pun ramai yang datang dengan menaiki bas khas. Ramai saudara mara yang telah lama tidak berjumpa dan suasana jadi meriah apabila cuba mengingat semula kisah-kisah di kampung. Walaupun warga Selat Pulau ramai yang berhijrah, namun tali persaudaraan masuh utuh seperti yang dapat dilihat dalam kedua-dua majlis perkahwinan ini. Semoga anak-anak yang berkahwin ini dipelihara Allah dan bahagia hingga ke anak cucu. Aamiin.


ahlulwulus@Feb2016

30 March 2015

NAIB CANSELOR DAN ISTERI ZIARAH BALU BEKAS PENGARAH ITU-UUM

UUM ONLINE: 30 Mac - Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dato' Wira Dr. Mohamed Mustafa Ishak dan isteri, Datin Wira Norhayati Nazri telah meluangkan masa menziarahi Zaharah Abdul Rahman, balu kepada Allahyarham Prof. Madya Dr. Mohd Syazwan Abdullah, bekas Pengarah ITU-UUM CoE For Rural ICT Development di Taman Tunku Sarina, Jitra, pagi tadi.


Pada kunjungan itu, Naib Canselor dan isteri mengucapkan takziah dan rasa simpati atas kehilangan Dr. Mohd Syazwan yang meninggal dunia pada 16 Mac lalu ketika dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Kedah (KMC), Alor Setar. Beliau berkata, UUM akan membantu keluarga Allahyarham bagi memastikan kebajikan dan keperluan keluarga tersebut dijaga termasuk keperluan bagi persekolahan tiga anak arwah berusia antara 10 hingga 14 tahun.

Naib Canselor dan isteri turut menyerahkan sumbangan kepada balu Allahyarham yang kini sedang mengikuti program Doktor Falsafah (PhD)

Nota: Arwah Dr. Syazwan Abdullah adalah penyelia PhD saya mulai 2008 hingga tamat pada 2012.
Blogger: ahlulwulus@2015