UUM IS NOW AN AACSB ACCREDITED UNIVERSITY. JOINING THE BEST 5% BUSINESS SCHOOLS IN THE WORLD. CONGRATULATIONS TO ALL UUMERS
Inilah kata-kata gembira Naib Canselor UUM, YBhg. Prof. Dato' Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak setelah mendapat maklum tentang penerimaan akreditasi AACSB antarabangsa daripada AACSB International pada 10 Ogos 2016. AACSB adalah singkatan dari Association to Advance Collegiate Schools of Business yang memberi pengiktirafan di peringkat antarabangsa, dan akreditasi khusus untuk program perniagaan dan perakaunan di peringkat sarjana muda, sarjana, dan doktor falsafah (PhD). Piawaian akreditasi AACSB mencabar pendidik lepasan menengah untuk meneruskan kecemerlangan dan peningkatan berterusan sepanjang program pengajian mereka. Akreditasi AACSB yang telah diketahui di seluruh dunia, adalah akreditasi yang paling lama, dan yang paling khusus / profesional untuk institusi yang melaksanakan program perniagaan dan perakaunan. Sehingga kini terdapat 777 sekolah perniagaan di 52 buah negara dan wilayah yang telah mendapat akreditasi AACSB (Sumber : AACSB International).
Kenyataan Media oleh AACSB |
Staff UUM yang meraikan kejayaan AACSB |
Dengan kejayaan ini, UUM akan lebih dikenali dan dihormati sebagai sebuah Institut pengajian tinggi (IPT) setaraf dengan IPT lain di seluruh dunia, khususnya dalam bidang perniagaan dan perakaunan. Cabaran yang menanti adalah, mampukan UUM mempertahankan akreditasi ini sehingga bila-bila? Sudah tentulah perkara ini menuntut semua warga UUM, khususnya warga pensyarah untuk meningkatkan kecermerlangan dalam tugas pengajaran dan pembelajaran masing-masing. Secara tidak langsung akreditasi ini akan dapat meningkatkan "ranking" UUM di kedudukan yang lebih kompetitif dengan lain IPT di Malaysia dan juga di dunia.
ahlulwulus@2016
No comments:
Post a Comment