28 February 2015

INTERNET BENDA - INTERNET OF THINGS (IoT)

Istilah Internet Benda (IoT) telah wujud semenjak tahun 1999 yang dicipta oleh Kevin Ashton. Ashton menggunakan frasa IoT sebagai tajuk pembentangannya projek sensor baharu yang sedang dijalnkan dan ia istilah tersebut terus digunakan hingga ke hari ini. Walaupun frasa itu muncul pada tahun 1999, namun konsep peranti yang bersambungan telah bermula pada tahun 1832. Apabila telegraf elektromagnet pertama dicipta, maka berlakuklah komunikasi terus antara dua mesin melalui pemindahan isyarat elektrik. Walau bagaimanapun, sejarah IoT yang sebenar telah bermula dengan wujudnya teknologi Internet pada akhir 1960-an.

Secara ringkasnya, IoT ialah teknologi yang menyambungkan alat peranti (yang mempunyai suis hidup/mati) ke Internet dan ke alat peranti lain. Maka, teknologi ini akan membetuk rangkaian gergasi 'benda' dan dengan orang yang berkaitan untuk mengumpul dan berkongsi data yang berkaitan dengan operasi dan persekitaran di sekeliling mereka. Alat peranti ini adalah dari pelbagai bentuk dan saiz, termasuklah ketuhar gelombang mikro pintar, yang memasak makanan anda secara automatik untuk tempoh masa yang betul, kereta pandu sendiri yang mampu mengesan objek dalam laluannya, gajet kecergasan yang mengukur kadar denyutan jantung dan bilangan langkah yang telah diambil dan seterusnya menggunakan maklumat tersebut untuk merancang senaman yang sesuai.


Peranti dan objek dengan alat deria terbina disambungkan kepada Internet Benda, maka data yang diperolehi daripada peranti yang berbeza diintegrasikan, dan dengan menggunakan analitik data raya, maka maklumat berharga yang diperolehi akan dikongsikan dengan aplikasi lain untuk menangani keperluan khusus perniagaan. Platform IoT yang berkuasa ini boleh menentukan dengan tepat maklumat yang berguna dan perkara yang boleh diabaikan dengan selamat. Maklumat ini boleh digunakan untuk mengesan corak, membuat pengesyoran dan mengesan masalah yang mungkin berlaku sebelum ianya berlaku.

Contohnya, jika saya memiliki perniagaan pembuatan kereta, saya mungkin ingin mengetahui komponen pilihan yang mana (contohnya tempat duduk kulit atau roda aloi) yang paling popular. Dengan menggunakan teknologi Internet Benda, maka saya boleh menggunakan penderia untuk mengesan kawasan dalam bilik pameran yang paling popular dan tempat pelanggan bertahan paling lama, atau meninjau data jualan yang tersedia untuk mengenal pasti komponen mana yang paling pantas dijual, atau menyelaras data jualan dengan bekalan secara automatik, supaya item popular tidak kehabisan stok. Maklumat yang dibaca oleh peranti yang disambungkan membolehkan saya membuat keputusan yang bijak tentang komponen yang hendak disimpan, berdasarkan maklumat masa nyata dan membantu saya menjimatkan masa dan wang.

Dengan cerapan yang disediakan oleh analitik lanjutan, kuasa untuk menjadikan proses analitik data menjadi lebih cekap. Objek dan sistem pintar bermakna kita boleh mengautomasikan tugasan tertentu, terutamanya apabila ianya berulang, memakan masa atau perkara yang berbahaya. Beberapa contoh penggunaan IoT dalam kehidupan sebenar adalah seperti alatan elektrik di rumah, peranti penumpang di kenderaan pengangkutan, dan peralatan kesihatan di hospital.

IoT adalah topik hangat yang dibicarakan oleh media pada awal Abad ke-21 dengan beberapa perkembangan utama yang membuka jalan untuk masa depan IoT yang lebih mencabar. LG Electronics memperkenalkan peti sejuk pertama di dunia yang disambungkan ke internet pada tahun 2000, dan membenarkan pengguna membeli-belah makanan dalam talian dengan menggunakan panggilan video. Ciptaan ini diikuti oleh robot kecil berbentuk arnab pada tahun 2005 yang boleh melaporkan berita terkini, ramalan cuaca dan perubahan pasaran saham. Manakala, persidangan antarabangsa IoT buat pertama kalinya telah diadakan pada 2008 di Switzerland.

IoT adalah teknologi masa kini dan masa depan, untuk memberi kehidupan yang lebih baik kepada manusia sejagat. Maka kita sebagai hamba Allah sepatutnya mengambil faedah untuk meningkatkan taqwa kepada Allah SWT.

Blogger: ahlulwulus@2022