30 March 2015

NAIB CANSELOR DAN ISTERI ZIARAH BALU BEKAS PENGARAH ITU-UUM

UUM ONLINE: 30 Mac - Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dato' Wira Dr. Mohamed Mustafa Ishak dan isteri, Datin Wira Norhayati Nazri telah meluangkan masa menziarahi Zaharah Abdul Rahman, balu kepada Allahyarham Prof. Madya Dr. Mohd Syazwan Abdullah, bekas Pengarah ITU-UUM CoE For Rural ICT Development di Taman Tunku Sarina, Jitra, pagi tadi.


Pada kunjungan itu, Naib Canselor dan isteri mengucapkan takziah dan rasa simpati atas kehilangan Dr. Mohd Syazwan yang meninggal dunia pada 16 Mac lalu ketika dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Kedah (KMC), Alor Setar. Beliau berkata, UUM akan membantu keluarga Allahyarham bagi memastikan kebajikan dan keperluan keluarga tersebut dijaga termasuk keperluan bagi persekolahan tiga anak arwah berusia antara 10 hingga 14 tahun.

Naib Canselor dan isteri turut menyerahkan sumbangan kepada balu Allahyarham yang kini sedang mengikuti program Doktor Falsafah (PhD)

Nota: Arwah Dr. Syazwan Abdullah adalah penyelia PhD saya mulai 2008 hingga tamat pada 2012.
Blogger: ahlulwulus@2015