15 October 2022

UUM UNIVERSITI KE-2 TERBAIK DI ASIA - THEWUR 2023

Universiti Utara Malaysia (UUM) berbangga apabila berada di kedudukan kedua terbaik dalam kalangan universiti awam dan swasta di Malaysia sekali gus meletakkan universiti ini di kedudukan 70 universiti terbaik di Asia dalam ranking Times Higher Education World University Rankings (THEWUR) 2023 yang diumumkan pagi tadi.

 


Dengan lonjakan sebanyak 200 anak tangga, kedudukan universiti ini setara dengan University of Denver di Amerika Syarikat, Brunel University di United Kingdom, Victoria University of Wellington di New Zealand dan Murdoch University di Australia yang sama-sama berada di tangga 401-500 dunia. Naib Canselor, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah ketika ditemu bual berkata peningkatan dalam kategori impak sitasi yang ketara di samping penyelidikan dan penampakan pengantarabangsaan berbanding tahun lalu menunjukkan segala strategi yang dilaksanakan melalui Pelan Strategik UUM membuahkan hasil yang memberangsangkan.

 

“Kategori penampakan pengantarabangsaan meningkat daripada 315 ke 274 berpunca daripada peningkatan jumlah pelajar dan staf antarabangsa serta aktiviti antarabangsa yang terus melonjak. “Universiti ini juga membuktikan impak sitasi akademik turut meningkat daripada 883 kepada 660 sekali gus menunjukkan mutu penerbitan, pengajaran dan pembelajaran mencapai tahap yang membanggakan,” tambah beliau. Katanya, dengan lonjakan ini, kedudukan UUM dalam ranking dunia turut meningkat berbanding edisi lalu apabila berada dalam kelompok 500 universiti terbaik dunia.

 

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga universiti atas usaha keras membantu dalam semua perkara sehingga universiti dapat meningkatkan ranking di peringkat antarabangsa. “Usaha ini adalah hasil kerjasama semua peringkat warga universiti yang menyumbang tenaga dan idea sehingga kita berjaya mencapai penarafan antarabangsa terbaik setakat ini,” tambahnya. Dalam pada itu, THE World University Rankings merupakan penarafan universiti yang berasaskan penyelidikan. Oleh itu, peningkatan dalam kategori ini di samping sitasi menunjukkan UUM juga setara dengan universiti penyelidikan yang lain.

 

Pencapaian yang menggembirakan ini merupakan usaha bersama semua warga universiti tanpa mengira peringkat dan sekali gus membuktikan kemampuan kita semua bahawa walaupun UUM merupakan universiti komprehensif dengan fokus kepada Pengurusan namun ia bukanlah penghalang untuk memperoleh kejayaan lebih besar. Malah Naib Canselor berharap agar semua pihak memberikan komitmen sepenuhnya dan menjalankan amanah sebaik mungkin selaras dengan Gagasan Gemilang Akademia dan Admin Holistik (GAGAH) yang diterapkan oleh Universiti agar terus konsisten memacu kecemerlangan unniversiti di peringkat antarabangsa.

 

Bagi edisi terbaharu ini, THE World University Rankings menyenaraikan 1,779 universiti dari 104 buah negara yang merupakan penyenaraian terbesar sejak dilancarkan. Keputusan terkini kaji selidik THE World University Rankings 2023 boleh dilayari di https://www.timeshighereducation.com/world-university-rankings/2023/world-rankings.


Source: UUM ONLINE

Blogger: ahlulwulus@2022

08 October 2022

BERKUNJUNG KE ZOO TAIPING


Hari ini berkesempatan melawat Zoo Taiping bersama keluarga sempena cuti Maulid Nabi besok 9 Oktober 2022. Lawatan dahulu pernah dibuat beberapa tahun dahulu termasuklah kunjungan waktu malam yang dipanggil Night Safari. Kali ini banyak kadang binatang sedang diperbaiki. Seronok melihat binatang-binatang dalam habitat rekaan manusia, namun siap tahu mungkin mereka yang seronok melihat telah manusia yang mungkin perangai lebih teruk dari mereka yang terkurung.




Zoo Taiping adalah zoo yang tertua dan yang mula dibangunkan di Malaysia. Ini mungkin disebabkan Taiping adalah bandar yang moden dan maju pada suatu ketika dahulu di zaman pemerintahan British.

Blogger: ahlulwulus@2022