26 August 2026

WALIMAH ANAK BAZLI (ABE AJI)

Menghadiri majlis walimah Abe Aji (Bazli) sepupu isteri di Taman Bandar Kesuma, Beranang Selangor. Kami naik ETS jam 8 am Dan sampai jam 12.20 pm. Dari Sungai Buloh naik kereta Nyah Just yang turut sama pergi. Selepas majlis terus balik naik ETS pukul 6 pm. Perjalanan yang santai tapi meletihkan juga.

25 August 2026

Hari Kesihatan Dan Kesejahteraan Pesara 2026

Hari Ini diadakan hari Kesihatan Dan Kesejahteraan warga pesara UUM tahun 2026 yang dianjurkan oleh Persatuan Pesara UUM Dan Pusat Kesihatan UUM. Lebih kurang 90 orang pesara telah hadir. Acara dimulakan dengan membuat profil kesihatan Dan diikuti dengan ceramah bertajuk "Kanser" oleh Dr. Adi, "Kesejahteraan Psikologi" oleh Dr. Asma Mat. 
Para pesara yang terdiri Dari pelbagai jawatan telah didedahkan gejala, risiko Dan persediaan untuk penyakit Kanser Dan mengenalpasti sindrom kemurungan dalam aspek saikologi manusia. Satu program yang baik Dan elok diteruskan pada masa yang akan datang.