Anis Rafie (Along), anak saudara telah mengalami kemalangan dengan pembonceng kereta di lauan Changloon Sintok berhampiran dengan kedai makan "Loka Kona". Kejadian berlaku kira-kira 10 malam, apabila Along yang belajar Master di UUM melanggar Pak Din (seorang pomen) di Sintok yang ketika itu Pak Din secara tiba-tiba melintas jalan. Pak Din mengalami kecederaan dan dibawa oleh ambulan UUM ke klinik. Along tidak mengalami apa-apa kecederaan, namun terjekut dengan kejadian tambahan pula kereta Ford yang dibawa itu mengalami kerosakan yang agak teruk. Di tempat kejadian, Amir adik Along yang belajar di Unimap turut bergegas ke situ, saya dan isteri turut sama melihat jika ada keperluan untuk dibantu. Esoknya Along membuat laporan polis.
Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts
28 May 2024
ALONG KEMALANGAN DI JALAN KE UUM
08 October 2022
BERKUNJUNG KE ZOO TAIPING
Hari ini berkesempatan melawat Zoo Taiping bersama keluarga sempena cuti Maulid Nabi besok 9 Oktober 2022. Lawatan dahulu pernah dibuat beberapa tahun dahulu termasuklah kunjungan waktu malam yang dipanggil Night Safari. Kali ini banyak kadang binatang sedang diperbaiki. Seronok melihat binatang-binatang dalam habitat rekaan manusia, namun siap tahu mungkin mereka yang seronok melihat telah manusia yang mungkin perangai lebih teruk dari mereka yang terkurung.
Zoo Taiping adalah zoo yang tertua dan yang mula dibangunkan di Malaysia. Ini mungkin disebabkan Taiping adalah bandar yang moden dan maju pada suatu ketika dahulu di zaman pemerintahan British.
21 February 2022
MENINGGALNYA ANAK TERAKHIR LEBAI TALIB DAN ALANG TEKAH - ANJANG ZUBER BIN LEBAI TALIB
Telah sempurna pengkebumian anjang Hj Zubir Bin Lebai Talib, anak terakhir Almarhum Tok Lebai Talib & Opah Alang Tekah. Semoga roh anjang tenang disana, diterima amalnya dan ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman dan soleh, Insya Allah. Takziah diucapkan kepada anak-anaknya yang juga sepupu saya Noor Aini (Yong Ni), Aishah, Faridah, Laila, dan Mohammad Khair. Semoga kalian tabah dan terus mendoakan kebaikan dan kesejahteraan ayahanda Zubir.
Sesungguhnya tiap yang bernyawa pasti akan mengalami kematian. Bersabarlah, dan harus yakin bahwa Allah SWT kelak akan mempertemukan kita dengan saudara yang lain saat waktunya nanti tiba.
Aamin Ya Rabbal Alamin.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَلَهُ وَأَعْقِبْنِي مِنْهُ عُقْبَى حَسَنَةً
Allahummaghfirli wa la hu wa’qibni min hu ‘uqbaa hasanah
“Ya Allah, ampunilah diriku dan dia serta berikan kepadaku darinya pengganti yang lebih baik.”
04 February 2022
BANG SALEHUDIN RASLAN KEMBALI KE RAHMATULLAH
Hari Jumaat 4/2/2022, jam 6 petang dimaklumkan abang ipar Salehudin Raslan (suami kakanda Norsiah) telah kembali kerahmatullah akibat kemalangan jalanraya. Berita ini agak mengejutkan kerana tiada makluman tentang kesihatan bang Saleh yang tidak baik, melainkan khabar tentang sedikit kemurungan dan kesedihan beliau selepas pemergiaan kakanda Norsiah pada sembilan bulan yang lalu. Kejadian kemalanganpun diketahui oleh keluarga (anak dan adiknya di kampung) setelah diviral oleh orang kampung tentang motor yang dijumpai ditepi jalan berhampiran dengan Kampung Memali Kampung Gajah. Setelah dibuat pengecaman oleh anak dan adik di balai polis Kampung Gajah, barulah dipastikan orang yang meninggal tersebut adalah abang Saleh. Pemergian abang Saleh amat menyedihkan ahli keluarga, khususnya anak-anak mereka Syafiq, Iwan dan Aisyah. Kesedihan ini berganda setelah ibu mereka Norsiah meninggal pada akhir Ramadan tahun lalu. Semoga Allah memberi kesabaran dan ketabahan kepada mereka ini untuk terus berbakti kepada kedua ibu bapa mereka yang telah tiada.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَلَهُ وَأَعْقِبْنِي مِنْهُ عُقْبَى حَسَنَةً
Allahummaghfirli wa la hu wa’qibni min hu ‘uqbaa hasanah
“Ya Allah, ampunilah diriku dan dia serta berikan kepadaku darinya pengganti yang lebih baik.”
29 January 2022
WALIMATUL URUS ANAKANDA SYAHIRAH DAN SHAHRUL NIZAM
Majlis walimatul urus anakanda Adlin Syahirah Razif (anak saudara sebelah isteri) telah berlangsung dengan 'super' meriah pada 29 Januari 2022 di Dewan Magical, Star Avenue, Subang Bestari. Majlis perkahwinan yang diadakan pada musim pandemik Covid19 yang masih melanda negara bukanlah seperti lazimnya dilakukan pada masa dulu, kerana sekarang majlis yang melibatkan orang ramai perlu mematuhi SOP (standard operating procedure) yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Namun majlis perkahwinan anakanda Syahirah dan pasangannya Shahrul Nizam telah berjaya dilaksanakan dengan meriah dan lancar, dengan kehadiran tetamu hingga ke akhir majlis. Semoga Syahirah dan Shahrul Nizam berbahagia dan diperlihara Allah SWT hingga ke hayat hayat. Aamiin Ya Rabbal Alamin 👐
14 January 2022
WALIMATUL URUS ANAKANDA LUQMAN HAYUB
Majlis walimatul urus anakanda Luqman Hayub (anak saudara) telah berlangsung dengan agak sederhana meriah pada 14 Januari 2022 di Serian, Kuching Sarawak. Majlis perkahwinan yang diadakan pada musim pandemik Covid19 yang masih melanda negara bukanlah seperti lazimnya dilakukan pada masa dulu, kerana sekarang majlis yang melibatkan orang ramai perlu mematuhi SOP (standard operating procedure) yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Namun majlis perkahwinan anakanda Luqman dan pasangannya Ainul Fitriyah telah berjaya dilaksanakan dengan baik, walaupun daerah Serian Sarawak adalah tempat yang jauh dari sini. Majlis yang sebenarnya telah tertangguh hampir 2 tahun ini dimulakan dengan adat merisik, meminang dan seterusnya menikah dijalan sekaligus mengikut adat yang sesuai dan diterima oleh kedua-dua pihak. Semoga Luqman dan Ainul berbahagia dan diperlihara Allah SWT hingga ke hayat hayat. Aamiin Ya Rabbal Alamin.
15 June 2018
HARI RAYA 2018
Salam.
ahlulwulus@2018
Tahun ni masih meneruskan tradisi berhari raya secara sederhana dengan balik ke kampung seperti biasanya setiap tahun. Tahun ini semua adik beradik balik dan bolehlah majlis ziarah dari rumah ke rumah di Lorong 3B dapat dibuat. Semua anak-anak dah ada bersama cuma Muhammad Al-Amin masih berada di Mesir.
ahlulwulus@2018
27 March 2018
PERSIDANGAN ICIGI 2018
Hari ini menghadiri persidangan Islamic Conference Global (ICIGI 2018) di UiTM Machang Kelantan. Kertas kerja yang dibentangkan bertajuk "Al-Quran Learning Tool Using Nazm Method Toward Self Learning Approach" yang membincangkan pembangunan sistem belajar AlQuran berasaskan kaedah Nazam untuk pembelajaran secara kendiri. Sambil pergi ke seminar, berjalan jalan lah jugak bersama keluarga di sekita Kota Bharu. Kebetulan agaknya musim cuti sekolah, pelbagai expo sedang diadakan. Dari pelbagai jualan pokok nuseri dan jugak buah buahan hinggalah makanan thailand dan expo kebudayaan kelantan turut diadakan. Terasa penuh jadual percutian ke Kelantan kali ini.
30 August 2012
PENGAJIAN PHD TAMAT
Perjalanan PhD aku sudah sampai ke penghujungnya sejak ia bermula pada Januari 2007. Alhamdulillah, pemeriksaan akhir tesis (viva) telahpun diadakan dengan jayanya (at least to myself) pada 21 Jun 2012 dan selesai kerja-kerja pembetulan tesis (correction) pada 16 Ogos 2012. Bolehlah dikira tempoh masa pengajian PhDku adalah lebih kurang 4 Tahun 8 Bulan. Terima kasih diucapkan kepada pihak yang secara langsung atau tidak langsung membantu pengajian PhDku, terutama kepada penyelia Prof Dr. Norita Norwawi dan PM Dr. Mohd Syazwan Abdullah (Arwah) yang telah banyak membantu melancarkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada keluarga, terutama kepada isteri yang tersayang Ros Adizah Abu Bakar yang sama-sama berkongsi emosi dan rasa dalam banyak perkara yang berkaitan dengan pengajian ini. Banyak yang boleh aku ceritakan tentang pengalaman pengajiaan yang panjang ini, namun biarlah ia menjadi nolstagia dan berharap ilmu dan pengalaman ini dapat membantu rakan-rakan yang ingin dan sedang berjuang dalam pengajian PhD ini. Ringkasnya, pengajian PhD adalah sebuah kecintaan kepada ilmu pengetahuan seperti yang pernah dicatat oleh seorang penulis di sebuah akhbar arus perdana seperti berikut:
"The PhD is essentially a labour of love. You must be passionate about the field you will be delving into for the next few years of your life. Without real passion for your subject, it will be hard for you to keep going when deadlines loom and experiments fail. You should also have sufficient academic and intelectual capability - intelligence, creativity, curiosity, adaptability, - that is necessary to keep pace with your peers and supervisors. You should also have the confidence, work ethic, disciple, focus, competitiveness, and maturity to devote yourself fully to the pursuit and expansion of knowledge. The environment of the PhD is unlike that at undergraduate or Master's level. There is little structure, supervision or assistance, and you fully shoulder the responsibility of setting your own goals" - Petikan dari sebuah surat khabar arus perdana.
ahlulwulus@Ogo2012
15 October 2011
MENUNAIKAN HAJI 2011
Assalamu'alaikum w.b.t.
ahlulwulus@2011
Kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian,
InsyaAllah saya dan isteri akan pergi ke tanah suci untuk menunaikan fardhu haji mulai 15 Oktober 2011. Kepada teman-teman yang mengenali saya dan isteri, kami ingin mohon maaf atas segala kesalahan samada sengaja atau tidak dan halalkan segala makan minum. Semoga teman-teman sudi mendoakan kami agar diberikan kesihatan, kekuatan, ketenangan dan kesabaran yang tinggi untuk menjalani ibadah haji dengan sempurna di sana nanti. Kami juga akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kejayaan teman-teman semua di dunia dan akhirat, InsyaAllah.
Mesej di atas dihantar dalam emel sekolah sebelum berangkat ke Mekah pada 15/10/2011. Perjalanan ke Mekah Al-Mukarramah bermula dari rumah ke lapangan terbang Pulau Pinang. Sebelum itu mendaftar di pejabat Tabung Haji (TH) Pulau Pinang. Masa pendaftaran pihak TH meminta semua jemaah membuka akaun bank islam berserta dengan kad ATM kerana ada kemungkinan TH tidak menyediakan perkhidmatan untuk mengeluarkan wang di Mekah atas arahan Arab Saudi. Perjalanan seterusnya menuju ke Mekah melalui penerbangan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur dan seterusnya ke Mekah. Sebelum berlepas dari Kuala Lumpur semua jemaah diminta untuk berpakaian Ihram kerana akan berniat umrah bila sampai di miqatnya nanti. Sampai di Mekah, jemaah dibawa terus ke hotel penginapan berhampiran Baitullah dengan menggunakan Bas. Di pertengahan perjalanan terdapat seperti check-in di mana pihak berkenaan telah memberikan bungkusan makanan dan minuman untuk para jemaah.
Sampai di hotel penginapan, kira-kira waktu tengah malam, kami mendaftar masuk dan berehat sebentar sehingga waktu hampir subuh. Semua jemaah yang masih berihram terus ke baitullah untuk melakukkan tawaf selamat datang hingga selesai yang dipandu oleh seorang mutawif berbangsa arab. Maka bermulalah urusan haji kami semua.
02 February 1992
MAJLIS NAIK BUAI MUHAMMAD AL-AMIN
Majlis naik buai anak pertama pada 27 Februari 1992, kira-kira setahun selepas berkahwin pada 28 Disember 1990. Majlis ini diadakan di rumah ayahanda Taa Lebai Talib di Bukit Chawi. Tradisi orang kampung meraikan kehadiran orang baru dalam sesebuah keluarga dibuat melalui acara akikah atau kenduri naik buai seperti ini. Jemputan biasanya dihadiri oleh Tok Imam masjid dan majlis dimulakan dengan tahlil doa selamat dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW sambil berdiri dan memberi sedekah kepada bayi yang diraikan. Semua urusan kenduri diuruskan oleh emak dan ayah, dan semua berjalan lancar dan meriah. Semoga Muhammad Al-Amin menjadi anak yang soleh dan sentiasa berbakti kepada ayah dan ibunya.
31 December 1990
PERKAHWINAN AZMAN DAN ROS ADIZAH
Perkahwinan aku dan Ros Adizah Abu Bakar telah diadakan pada 30 dan 31 Disember 1990 di rumah kedua-duanya dengan suasana sederhana dan meriah. Selepas acara akan nikah yang diadakan pada 28 Disember 1990 di Masjid Kg. Bahagia, majlis kenduri dikedua-dua belah pihak telah diadakan mengikut adat orang kampung. Ramai tetamu yang hadir, termasuk rakan-rakan aku dan Ros yang bekerja di Felcra Seberang Perak dan SABHA Holding Sendirian Berhad. Bunyi rebana yang dibawa khas dari Selat Pulau telah begema mengiringi pengantin di rumah kedua-dua mempelai.
Sanak saudara semuanya memberi sokongan dan bantuan dalam menjayakan majlis walimah yang diadakan. Bagi pihak Ros Adizah, ini adalah majlis perkahwinan yang pertama dalam keluarga mereka, manakala bagi keluarga aku ini adalah majlis yang ke-3, setelah Nyah dan Yong berkahwin beberapa tahun yang lalu. Majlis yang sederhana meriah ini telah memberi aku suatu pengalaman dan kenangan indah yang akan dikenang hingga ke akhir hayat. Semoga perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayat. Aamiin.
Subscribe to:
Posts (Atom)













