Showing posts with label KPI. Show all posts
Showing posts with label KPI. Show all posts

10 August 2016

UUM MEMPEROLEHI AKREDITASI AACSB ANTARABANGSA

UUM IS NOW AN AACSB ACCREDITED UNIVERSITY. JOINING THE BEST 5% BUSINESS SCHOOLS IN THE WORLD. CONGRATULATIONS TO ALL UUMERS
Inilah kata-kata gembira Naib Canselor UUM,  YBhg. Prof. Dato' Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak setelah mendapat maklum tentang penerimaan akreditasi AACSB antarabangsa daripada AACSB International pada 10 Ogos 2016. AACSB adalah singkatan dari Association to Advance Collegiate Schools of Business yang memberi pengiktirafan di peringkat antarabangsa, dan akreditasi khusus untuk program perniagaan dan perakaunan di peringkat sarjana muda, sarjana, dan doktor falsafah (PhD). Piawaian akreditasi AACSB mencabar pendidik lepasan menengah untuk meneruskan kecemerlangan dan peningkatan berterusan sepanjang program pengajian mereka. Akreditasi AACSB yang telah diketahui di seluruh dunia, adalah akreditasi yang paling lama, dan yang paling khusus / profesional untuk institusi yang melaksanakan program perniagaan dan perakaunan. Sehingga kini terdapat 777 sekolah perniagaan di 52 buah negara dan wilayah yang telah mendapat akreditasi AACSB (Sumber : AACSB International).

Kenyataan Media oleh AACSB

Staff UUM yang meraikan kejayaan AACSB
Dengan kejayaan ini, UUM akan lebih dikenali dan dihormati sebagai sebuah Institut pengajian tinggi (IPT) setaraf dengan IPT lain di seluruh dunia, khususnya dalam bidang perniagaan dan perakaunan. Cabaran yang menanti adalah, mampukan UUM mempertahankan akreditasi ini sehingga bila-bila? Sudah tentulah perkara ini menuntut semua warga UUM, khususnya warga pensyarah untuk meningkatkan kecermerlangan dalam tugas pengajaran dan pembelajaran masing-masing. Secara tidak langsung akreditasi ini akan dapat meningkatkan "ranking" UUM di kedudukan yang lebih kompetitif dengan lain IPT di Malaysia dan juga di dunia. 

ahlulwulus@2016

09 February 2010

KEPINTARAN PERNIAGAAN (BUSINESS INTELLIGENCE)

Keperluan terhadap maklumat bukan lagi isu remeh dalam pengurusan sesebuah organisasi. Ianya menjadi agenda penting dalam menentukan kelangsungan aktiviti syarikat, malah membantu organisasi bersaing dengan organisasi yang lain dalam menghadapi cabaran di dunia global. Oleh itu, pengurusan maklumat bukan lagi dilihat sekadar melancarkan perjalanan tugas rutin, malah ia amat penting dalam membantu menentukan hala tuju serta cabaran masa depan yang perlu dihadapi oleh organisasi. Tidak hairan jika maklumat kini telah dianggap suatu komoditi yang perlu beri pelaburan yang besar bagi memastikan manafaat kepada organisasi.

Perkembangan teknologi maklumat yang cepat seiring dengan kemajuan hidup manusia telah memudahkan maklumat diurus dan digunakan secara efisien. Namun, penggunaan teknologi maklumat perlu selari dengan kemampuan dan keperluan organisasi agar pelaburan yang dibuat tidak sia-sia begitu sahaja. Seperti yang pernah berlaku dahulu pada awal-awal organisasi terlalu ghairah menggunakan komputer hingga membelanjakan wang yang banyak untuk membeli peralatan komputer yang semesti mahal dan berjenama, namun akhirnya tidak boleh dimanafaatkan secara optimum dan ditinggalkan menjadi "gajah putih". "Gajah Putih" tersebut tidak dibiarkan menjadi tontonan serta nolstagia kepada orang-orang terdahulu. Biasanya ia akan dilupuskan serta digantikan dengan perkakasan dan perisiaan baru mengikut teknologi semasa dan akhirnya kisah lalu berulang kembali. Isunya, bagaimanakah teknologi ICT yang dimiliki dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh organisasi bagi mendapatkan maklumat yang sewajarnya dan akhirnya dapat membantu organisasi bersaing dalam persekitaran global yang kian mencabar?


Sebenarnya teknologi maklumat semakin pintar. Kepintaran itu bukan sengaja dibuat-buat, bahkan ia hadir selari dengan perkembangan semasa perkakasan dan perisiaan yang menjadi elemen penting dalam ICT. Sokongan teknologi komunikasi sejak sedekad yang lalu telah menjadikan ICT semakin "pervasive" sesuai dengan penggunaannya yang menjangkau sempadan. Oleh yang demikian, pengurusan maklumat juga memerlukan pendekatan yang strategik serta berorientasikan kepintaran. Maka lahirlah teknologi Kepintaran Buatan (Business Intelligence) yang menunjangi pelaksanaan pengurusan maklumat yang lebih canggih dan pintar. Adanya teknologi ini, maklumat dilihat bermanafaat dan mampu menyokong organisasi dalam menentu arah tuju serta pelaksanaan perancangan strategik.

Langkah kerajaan dalam mempromosi serta melaksanakan ukuran pencapaian prestasinya berasaskan nilai "Key Performance Indicator" (KPI) adalah komponen penting dalam pelaksanaan perancangan strategik kerajaan. Walaubagaimanapun, penentuan KPI terhadap prestasi sesebuah organisasi atau khususnya jabatan-jabatan kerajaan bukanlah mudah untuk dinilai jika tiada pengurusan sistem maklumat yang cekap dan efisien. Hal ini merujuk kepada keperluan mewujudkan suatu sistem "Business Intelligence" di peringkat nasional bagi menyokong KPI jabatan-jabatan kerajaan dapat dipantau dan dipastikan pencapaiannya oleh pihak kerajaan secara telus melalui sistem "Business Intelligence" ini. Sudah sampai masanya kerajaan memanfaatkan seluruhnya kemudahan ICT yang telah disediakan dengan belanja yang banyak bagi mewujudkan pengurusan sistem maklumat nasional berasaskan "Business Intelligence" yang bersepadu.

ahlulwulus@Feb2010