Showing posts with label majlis perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label majlis perkahwinan. Show all posts

29 January 2022

WALIMATUL URUS ANAKANDA SYAHIRAH DAN SHAHRUL NIZAM

Majlis walimatul urus anakanda Adlin Syahirah Razif (anak saudara sebelah isteri) telah berlangsung dengan 'super' meriah pada 29 Januari 2022 di Dewan Magical, Star Avenue, Subang Bestari. Majlis perkahwinan yang diadakan pada musim pandemik Covid19 yang masih melanda negara bukanlah seperti lazimnya dilakukan pada masa dulu, kerana sekarang majlis yang melibatkan orang ramai perlu mematuhi SOP (standard operating procedure) yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Namun majlis perkahwinan anakanda Syahirah dan pasangannya Shahrul Nizam telah berjaya dilaksanakan dengan meriah dan lancar, dengan kehadiran tetamu hingga ke akhir majlis. Semoga Syahirah dan Shahrul Nizam berbahagia dan diperlihara Allah SWT hingga ke hayat hayat. Aamiin Ya Rabbal Alamin 👐


Blogger: ahlulwulus@2022

14 January 2022

WALIMATUL URUS ANAKANDA LUQMAN HAYUB

Majlis walimatul urus anakanda Luqman Hayub (anak saudara) telah berlangsung dengan agak sederhana meriah pada 14 Januari 2022 di Serian, Kuching Sarawak. Majlis perkahwinan yang diadakan pada musim pandemik Covid19 yang masih melanda negara bukanlah seperti lazimnya dilakukan pada masa dulu, kerana sekarang majlis yang melibatkan orang ramai perlu mematuhi SOP (standard operating procedure) yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Namun majlis perkahwinan anakanda Luqman dan pasangannya Ainul Fitriyah telah berjaya dilaksanakan dengan baik, walaupun daerah Serian Sarawak adalah tempat yang jauh dari sini. Majlis yang sebenarnya telah tertangguh hampir 2 tahun ini dimulakan dengan adat merisik, meminang dan seterusnya menikah dijalan sekaligus mengikut adat yang sesuai dan diterima oleh kedua-dua pihak. Semoga Luqman dan Ainul berbahagia dan diperlihara Allah SWT hingga ke hayat hayat. Aamiin Ya Rabbal Alamin.


Blogger: ahlulwulus@2022

14 February 2016

MAJLIS WALIMAH ORANG SELAT PULAU

Kelmarin (sabtu) dan hari ini menghadiri majlis perkahwinan anak sahabat dan juga jiran sekampung suatu ketika dahulu. Kedua dua majlis tersebut amat meriah dah tahniah kepada Yeop Nai@Monso di Putrajaya dan Hassan Adli di Puncak Alam yang mengadakan majlis tersebut. Saudara dari kampung pun ramai yang datang dengan menaiki bas khas. Ramai saudara mara yang telah lama tidak berjumpa dan suasana jadi meriah apabila cuba mengingat semula kisah-kisah di kampung. Walaupun warga Selat Pulau ramai yang berhijrah, namun tali persaudaraan masuh utuh seperti yang dapat dilihat dalam kedua-dua majlis perkahwinan ini. Semoga anak-anak yang berkahwin ini dipelihara Allah dan bahagia hingga ke anak cucu. Aamiin.


ahlulwulus@Feb2016

31 December 1990

PERKAHWINAN AZMAN DAN ROS ADIZAH

Perkahwinan aku dan Ros Adizah Abu Bakar telah diadakan pada 30 dan 31 Disember 1990 di rumah kedua-duanya dengan suasana sederhana dan meriah. Selepas acara akan nikah yang diadakan pada 28 Disember 1990 di Masjid Kg. Bahagia, majlis kenduri dikedua-dua belah pihak telah diadakan mengikut adat orang kampung. Ramai tetamu yang hadir, termasuk rakan-rakan aku dan Ros yang bekerja di Felcra Seberang Perak dan SABHA Holding Sendirian Berhad. Bunyi rebana yang dibawa khas dari Selat Pulau telah begema mengiringi pengantin di rumah kedua-dua mempelai. 



Sanak saudara semuanya memberi sokongan dan bantuan dalam menjayakan majlis walimah yang diadakan. Bagi pihak Ros Adizah, ini adalah majlis perkahwinan yang pertama dalam keluarga mereka, manakala bagi keluarga aku ini adalah majlis yang ke-3, setelah Nyah dan Yong berkahwin beberapa tahun yang lalu. Majlis yang sederhana meriah ini telah memberi aku suatu pengalaman dan kenangan indah yang akan dikenang hingga ke akhir hayat. Semoga perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayat. Aamiin.
 
Blogger: ahlulwulus@1990.