15 October 2011
MENUNAIKAN HAJI 2011
17 September 2010
DATA WAREHOUSE TECHNOLOGY
1. Data Warehouse Basics
ahlulwulus@2007
06 May 2010
TAZKIRAH - AMALAN BAIK
29 March 2010
PANTUN SEMASA MENULIS TESIS PHD
28 March 2010
KUTBAH JUMAAT PADA 26/3/2010
- S : Sex - menggalakan perlakuan seks bebas serta meracuni fikiran umat Islam untuk menerima budaya seks bebas ini dengan sepenuhnya.
- P : Politic - mempengaruhi kehidupan sosial umat Islam melalui budaya politik yang condong ke arah kaedah dan pendekatan barat.
- I : Ideologi - menyemai dan menanam ideologi bebas yang tidak berasaskan kepada ketuhanan serta meletakkan sains dan teknologi kepada asas kepercayaan.
- D : Drug - menggalakkan umat Islam menggunakan najis dadah dalam kehidupan yang menyeronok lagi melalaikan.
- E : Education - mengagongkan nilai-nilai pendidikan barat kepada umat Islam agar nilai-nilai pendidikan Islam (spt pengajian pondok dan sekolah agama) dipinggirkan dan menjadi pusat keganasan.
- R : Rock - menggalakan umat Islam agar sentiasa mencintai hiburan dan berseronok sepanjang masa.
Itulah sebahagian daripada isi khutbah yang boleh diambil ikhtibar oleh kita semua. Amat menarik jika kita membaca buku bertajuk "Agenda Yahudi Menakluki Dunia - Rahsia di sebalik rahsia" yang ditulis oleh En. Sabaruddin Hussien seorang penulis Indonesia yang boleh dikaitkan dengan khutbah pada ini.
21 March 2010
KUTBAH JUMAAT PADA 19/3/2010
05 March 2010
PELAJAR ZAMAN SEKARANG

09 February 2010
KEPINTARAN PERNIAGAAN (BUSINESS INTELLIGENCE)
ahlulwulus@Feb2010
27 August 2008
KEPERLUAN MAKLUMAT YANG SOFISTIKATED
03 March 2008
CORAK CORET PRU-12 - 2008
Selingan bagi memeriahkan lagi pilihanraya
DUN yg paling sejuk, DUN Batu Berendam
DUN yg paling tak de rasa, DUN Air Tawar
DUN yg paling panas, DUN Pedas
DUN yg paling miskin, DUN Sekupang
DUN yg paling muda, DUN Sri Muda
DUN yg paling lemah, DUN Batang Berjuntai
DUN yg paling basah, DUN Sg Besar
DUN yg kuat makan satay, DUN Kajang
DUN yg banyak hantu, DUN Pucong
DUN yg ada istana, DUN Kota Raja.
DUN yg banyak ikan, DUN Tg Sepat
DUN yg paling keras, DUN Batu Tiga
DUN paling pendalaman, DUN Hulu Klang
DUN banyak air, DUN Ampangan
DUN banyak pengganas, DUN Kuala Kubu
DUN paling takde kemajuan, DUN Gurun
DUN paling bahaya, DUN Baling
DUN banyak semut, DUN Kota Sarang Semut.
DUN paling pelik, DUN Sg Ada Burung.
DUN ada binatang, DUN Kijang
DUN paling wangi, DUN Pokok Sena
DUN paling tak cantik, DUN Batu Buruk
DUN paling garang, DUN Senggarang
DUN paling banyak berahsia, DUN Tell Anybody kehkehkeh..
ahlulwulus@2008
29 February 2008
PILIHANRAYA KE-12 - 2008
Piliharaya ke-12 telah datang dan bersedia untuk dijalankan dalam suasana politik negara yang pelbagai. Seperti pilihanraya umum yang lepas, pelbagai parti dengan misi dan manisfesto masing-masing berusaha untuk memenangi hati rakyat malaysia agar memilih mereka untuk memerintah kerajaan Malaysia atau negeri untuk 4-5 tahun yang akan datang. Tarikh pilihanraya umum ke-12 ini telah ditetapkan pada 8 Mac 2008 dengan tempoh berkempen selama 13 hari.
Bagi kita rakyat Malaysia yang merdeka ... apakah pilihan kita kali ini? Kerajaan yang macam mana akan menjadi pilihan kita? Sebagai warganegara yang telah melepasi era penjajahan, sudah pastilah keputusan yang dibuat bebas daripada unsur-unsur penjajahan rohani dan jasmani. Kerajaan yang akan membawa kesejahteraan kepada rakyat serta memastikan kelangsungan negara ke mercu kejayaan pasti akan menjadi. Di samping itu, nilai-nilai murni dan rakyat yang bertanggungjawab perlulah menjadi agenda penting kerajaan bagi memastikan kerajaan yang dibentuk mendapat keredhaan (mardatillah) Allah swt.
ahlulwulus@2008
21 August 2007
SEMPENA HARI KEMERDEKAAN KE-50
Walaupun begitu, bukan mudah untuk kita meraih kejayaan seperti sekarang. Pelbagai cabaran perlu ditempuhi dan ditangani. Dari masalah ekonomi dan sosial di peringkat Negara hinggalah global dapat kita atasinya dengan bijaksana dan berkesan. Pimpinan Negara yang bijak dan berwawasan telah berjaya memupuk semangat jati diri rakyat yang mantap serta kejayaan Negara mengikut acuan sendiri yang diwarisi dari perjuangan kemerdekaan dahulu. Walaupun ada segelintir rakyat hanyut dengan keseronokan kemodenan negara hingga sanggup mengadai nilai-nilai murni yang dipegang sekian lama, namun perjuangan tetap diteruskan. Tiada apa yang dapat menggagalkan hasrat murni seluruh rakyat untuk memastikan bangsa dan negara akan terus cemerlang, gemilang dan terbilang.
Oleh yang demikian, sebagai rakyat Malaysia yang cintakan Negara harus mengambil iktibar daripada semangat kemerdekaan dengan sama-sama terlibat dengan aktiviti kemerdekaan yang tidak melanggar adat dan tatasusila bangsa dan agama agar natijah daripada sambutan tersebut akan terus tersemat dan seterusnya mampu membentuk semangat jati diri yang sebenar bagi menjamin sebuah Negara Malaysia yang maju dan berjaya.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan !!!
MERDEKA !!! MERDEKA !!! MERDEKA !!!
25 April 2001
BERTUKAR PROFESION MENJADI PENSYARAH
17 August 1999
NAIK PANGKAT DARI PEGAWAI SISTEM MAKLUMAT (GRED F3) KE KETUA PEGAWAI SISTEM MAKLUMAT (GRED F2)
- Sistem Rekod Pelajar Under Graduate (ASIS)
- Sistem Aktiviti Pelajar (SAIS)
- Sistem Rekod Pelajar Post Graduate (GAIS)
- Sistem Kewangan dan Perakaunan (IFAS)
- Sistem Personel (PERSIS)
- Sistem Perpustakaan (SISPUKOM)