10 May 2018

UUM UCAP TAHNIAH KEPADA TUN MAHATHIR

Pilihanraya umum ke 14 (PRU-14) yang telah diadakan pada 9 Mei 2018 telah pun selesai dan keputusannya telahpun diketahui dengan memihak kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah negara sehingga PRU yang akan datang. Pelbagai pihak telah mengucapkan tahniah kepada Pakatan Rakyat, termasukkan pihak pengurusan UUM secara khususnya telah mengucapkan tahniah kepada Tun Dr Mahathir Mohammad sebagai perdana menteri yang baru dan Dato Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar Kedah yang baru.



Tahniah juga kepada rakyat Malaysia yang telah memilih kerajaan yang mereka mahukan. Semoga Malaysia akan terus gemilang di saentaro dunia. Aameen.

ahlulwulus@2018

04 April 2018

GERAN PENYELIDIKAN PRGS

Hari ini mempertahankan cadangan geran projek PRGS (Prototype Research Grant Scheme) di Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Putrajaya bersama dengan Pengarah RIMC Prof Dr. Aizuddin. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan pembentangan berjaya dilakukan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Sokongan rakan-rakan penyelidik Dr Shahbani, Dr Ahmad Suki dan En Muhammad Shakirin membolehkan pembentangan ini dapat dilakukan dgn lancar. Terima kasih juga kepasa Prof Dr Aizuddin dan stafnya yang turut menyokong proses permohonan ini dari mula hingga ke hari ini. Barakahlahu fikum.
ahlulwulus@2018
Prof. Dr. Mohd Azizuddin and Me

29 March 2018

MESYUARAT AGONG PERPATI

Hari menghadiri mesyuarat agong PERPATI yakni Persatuan Pegawai Tadbir Ikhtisar sebagai ahli bersekutu. Sebelum ini tidak pernah hadir walaupun sudah beberapa kali mesyuarat ini diadakan sejak menjadi ahli bersekutu. Semasa menjadi Pegawai Sistem Maklumat (PSM) dahulu memang rajin menghadirinya. Walaupun pimpinannya silih berganti namun perjuangan masih sama seperti dahulu. Kini PERSATU adalah wadah persatuan yang baru. Bagaimana pun hanya sebagai ahli biasa sahaja.

27 March 2018

PERSIDANGAN ICIGI 2018

Hari ini menghadiri persidangan Islamic Conference Global (ICIGI 2018) di UiTM Machang Kelantan. Kertas kerja yang dibentangkan bertajuk "Al-Quran Learning Tool Using Nazm Method Toward Self Learning Approach" yang membincangkan pembangunan sistem belajar AlQuran berasaskan kaedah Nazam untuk pembelajaran secara kendiri. Sambil pergi ke seminar, berjalan jalan lah jugak bersama keluarga di sekita Kota Bharu. Kebetulan agaknya musim cuti sekolah, pelbagai expo sedang diadakan. Dari pelbagai jualan pokok nuseri dan jugak buah buahan hinggalah makanan thailand dan expo kebudayaan kelantan turut diadakan. Terasa penuh jadual percutian ke Kelantan kali ini.

21 January 2018

BICARA POLITIK MENJELANG PRU14

Pilihan raya ke 14 hampir menjelang tiba. Sudah sampai masanya kerajaan yang ada sekarang perlu membubarkan parlimen dan mendapat mandat baru dalam pilihan raya mengikut sistem demokrasi berparlimen yang di amalkan di Malaysia. Namun kali ini agak menarik kerana seolah-olah isu politik begitu banyak dan sedang diperkatakan diseluruh pelusuk masyarakat samada di dalam mahupun luar negara. Hal ini berlaku kerana maklumat sudah berada dihujung jari dan bergerak terlalu pantas mengalahkan wartawan biasa yang melaporkan berita secara tradisional. Bukannya isu politik ini tiada atau kurang pada masa dahulu, namun sekarang ia dilihat terlalu banyak dan berat apabila media sosial menyiarkan isu-isu ini tanpa henti. 

Media sosial seperti Twitter, Facebook dan Whatsapp amat berpengaruh dalam menyebarkan maklumat pada masa ini. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah merubah kaedah komunikasi kepada yang lebih inovatif dan informatif. Penggabungan teknologi komunikasi dan sistem maklumat ini telah mewujudkan senergi mantap dalam kepelbagaian kaedah komunikasi melalui komputer, tablet, telefon bimbit, telefon pintar dan sebagainya. Kesediaan talian internet dan rangkaian jalur lebar telah membolehkan kaedah komunikasi media sosial yang baru diperkenalkan. Terdapat banyak aplikasi media sosial yang disediakan secara berbayar atau ia diberi secara percuma, namun aplikasi whatsapp dilihat paling popular berbanding dengan aplikasi yang lain. Jadual berikut menunjukkan penggunaan aplikasi whataspp di seluruh dunia.

Jumlah Pengguna dan Pengendalian Mesej

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKM), pada tahun 2016 pengguna internet diklasifikasikan mengikut peratus penggunaan seperti di jadual berikut:
Peratus Pengguna Internet Mendapatkan Maklumat
Berasaskan jadual di atas, didapati pengguna aplikasi "mesej segera" mempunyai peratus yang besar (90.4%) berbanding dengan penggunaan aplikasi yang lain. Aplikasi "mesej segera" merujuk kepada aplikasi media sosial seperti Facebook, Twitter, Whatsapp dan sebagainya. Tidak hairanlah penyebaran maklumat melalui media sosial didapati lebih cepat dan berkesan mempengaruhi persepsi orang awam dalam sesuatu isu berbanding dengan media tradisional sedia ada.

Pada masa ini, boleh dikatakan kebanyakan media sosial berbicara tentang isu politik, dan sudah tentunya berkaitan dengan pertentangan hujah antara pihak yang pro-kerajaan dan pro-pembangkang. Masing-masing dengan hujah dan fakta yang belum tentu ada kebenarannya, namun dalam suasana komunikasi masa kini hal itu tidak dipedulikan. Hanya akal yang bijak, waras dan dipandu dengan iman saja akan dapat menentukan kebenaran sesuatu berita tersebut. Oleh kerana hal ini dilihat memberi impak yang besar kepada pemikiran masyarakat, maka tidak heranlah parti parti politik yang bertelagah ini menggunakan media sosial dengan sebijak mungkin untuk menangani isu dan penyebaran maklumat yang tidak betul terhadap parti masing-masing. Pada masa yang sama, penyokong dari pihak yang bertelagah terus meneruskan menggunakan hujah dan fakta yang tersedia dalam media sosial untuk teruskan berdebat sesama ahli dalam kumpulan sehingga boleh merenggangkan hubungan silaturrahim yang sedia ada.

Baik atau buruknya akibat pertengkaran hal-hal politik di dalam media sosial bukanlah isu penting yang hendak dibincangkan. Yang penting, masyarakat perlu dipengaruhi sebaik mungkin untuk memilih parti yang akan memerintah negara untuk 5 tahun yang akan datang. Parti yang akan menjadi kerajaan selepas ini mestilah mampu meberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat Malaysia khasnya dan masyarakat antara bangsa umumnya. Kerajaan baru selepas ini perlulah bersedia menghadapi keterbukaan penyebaran maklumat yang pelbagai kerana itulah trend kemajuan ICT yang tidak dapat dielakkan. Malah ia akan menjadi semakin "ubiquitous" pada masa-masa yang akan datang. Generasi akan datang tentunya semakin pandai dan bijak menilai maklumat.

ahlulwulus@2017

20 November 2017

KONVOKESYEN UUM KE-30 2017

Petang ni menghadiri majlis konvokesyen kali ke 30 sesi 5 bagi meraikan kejayaan pelajar BIT. Di pentas ini telah 2 kali hadir sebagai pelajar yang di raikan semasa menerima Master dan PhD. Dan telah beberapa kali hadir di atas pentas sebagai staf pengurusan. Walau pun suasana nya sama namun pembaharuan penyampaian ada kelainan ... dan bagus untuk pelajar. Tahniah kepada pelajar yang berjaya dan kepada rakan staf yang bertungkus lumus menjayakannya.

15 November 2017

BENGKEL DATA TERBUKA OLEH MAMPU

Saya menghadiri bengkel open data yang dianjurkan oleh MAMPU. Saya dijemput sebagai data scientist. Kebetulan urusetia yang menganjurkan bengkel adalah dari data science group.

Sebagai usaha memperkasakan pelaksanaan inisiatif Data Terbuka, MAMPU dengan kerjasama World Bank Group telah menganjurkan program Malaysia Open Data User Group (MODUG) 2017 kelmarin. Program yang julung-julung kali diadakan ini merupakan satu platform jalinan hubungan antara agensi pemilik/pembekal data terbuka dengan pelbagai kategori pengguna seperti industri, akademia, media, Badan Bukan Kerajaan, rakyat dan sebagainya. Antara objektif program adalah untuk meningkatkan penglibatan rakyat dalam mengarus perdana inisiatif data terbuka dengan mendapatkan maklum balas mereka tentang data terbuka yang mereka perlukan dan menggalakkan pemilik data menerbitkan data yang berkualiti berdasarkan keperluan pengguna. Kebanyakan peserta adalah wakil-wakil jabatan kerajaan dan industri.

Perkara yang dibincangkan adalah mengenai keperluan data semasa di Malaysia dan hubungkaitnya dengan peranan pemegang data (data holders) dan pengguna data (data-users). Lanjutnya bengkel ini membincangkan:

1. Mengenalpasti set-set data yang diperlukan pengguna
2. Mengenalpasti cabaran dari segi teknikal, pratical, financial, legal .. etc
3. Apakah tindakan yang boleh diambil oleh kedua2 stakeholders (data-holders and data-users)

Bengkel ini dimudahcarakan oleh pihak World Bank ... dan apa yang saya fikir, dari bengkel ini nampaknya (pendapat saya saja):

  • Kita (malaysia) tiada model yang jelas tentang DATA GOVERNANCE yang menyumbang ke arah penghasilan data to be opened. Masing-masing agensi kerajaan create their own data governance. Data governance boleh membantu menghasilkan Master Data Management (MDM) for Malaysia. And may be we need special agency or ministry to handle this.
  • Tiada mekanisma/model yang jelas tentang bagaimana nak publish open data to the public, especially data yang memerlukan komponen security dan legality. Cara sekarang amat traditional (request by email) dan adalah perlu jika kaedah ini boleh dipermudahkan melalui computerized system.


Isu-isu ini boleh dijadikan tajuk projek penyelidikan yang akan datang. Kepada yang tidak pernah melihat Malaysian open data website, sila lawat SINI.

ahlulwulus@2017

06 September 2017

PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI SEPTEMBER 2017/2018

Universiti Utara Malaysia (UUM) terus menjadi pilihan untuk melanjutkan pengajian apabila seramai 4,957 pelajar baharu Sesi Pertama 2017/2018 mula mendaftar bagi mengikuti 36 program pengajian Sarjana Muda yang ditawarkan mulai hari ini.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Abdul Malek Abdul Karim berkata, pelajar tersebut merupakan calon lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Diploma, Matrikulasi, Asasi Pengurusan UUM dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) termasuk pelajar antarabangsa yang akan mengikuti pengajian Sarjana Muda dan Dual Degree (Ijazah Berganda).

Menurutnya, daripada jumlah itu, 74 peratus (3,656) merupakan pelajar perempuan dan 26 peratus lagi (1,301) adalah pelajar lelaki.

"Mengikut pecahan pelajar tempatan adalah seramai 4,446 terdiri daripada ambilan UPU (4,047), Asasi Pengurusan UUM (186), Program Khas B40 (190) dan pelajar mobiliti seramai 23, manakala pelajar antarabangsa adalah seramai 511 meliputi 178 pelajar peringkat Sarjana Muda dari 19 negara, diikuti 295 pelajar mobiliti dan 38 pelajar Dual Degree dari Universitas Padang, Indonesia.

"Pengambilan pelajar pada tahun ini juga menunjukkan peningkatan termasuk pelajar antarabangsa dengan peningkatkan antara dua hingga tiga peratus dan jumlah pelajar tertinggi adalah dari negara China (247), Indonesia (172) dan Yemen (23)," ujarnya.


Kata beliau lagi, jumlah Purata Markah Keseluruhan (PMK) kemasukan calon pada tahun ini adalah 3.42 dan tiga program mencatatkan purata PMK kemasukan tertinggi iaitu Sarjana Muda Perakaunan (Sistem Maklumat) dengan Kepujian dan Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian (3.93), manakala Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian mencatat purata sebanyak 3.80.

Selain itu, tambahnya, program Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian menerima kemasukan terbesar seramai 306 pelajar, diikuti Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian (299) dan Sarjana Muda Sains Ekonomi dengan Kepujian (290).

"Daripada bilangan 306 pelajar yang mengikuti program Sarjana Muda Perakaunan ini, 116 merupakan pelajar yang mencatatkan purata PMK 4.00.

"Universiti juga turut menerima kemasukan lima pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU) dan dua pelajar Orang Asli. Bagi memudahkan sesi pembelajaran pelajar OKU ini pula, pihak universiti telah menyediakan kemudahan baharu seperti van OKU yang lebih selesa dan canggih, selain kemudahan asrama dan fasiliti lain termasuk di dewan kuliah yang mesra OKU," katanya.

Prof Dr Abdul Malek berkata, dengan kemudahan lengkap yang disediakan, UUM terus menjadi pilihan pertama pelajar untuk melanjutkan pengajian mereka kerana UUM sudah tersenarai dalam beberapa ranking dunia dan memperoleh akreditasi antarabangsa seperti AACSB.


Sehingga 30 Ogos lalu, UUM mempunyai pelajar seramai 28,025 bagi peringkat pengajian siswazah dan 5,601 adalah pelajar pasca siswazah.

Sumber: UUM ONLINE
ahlulwulus@2017

10 August 2017

PERSIDANGAN MALAYSIAN SOFTWARE ENGINEERING CONFERENCE (MYSEC2017)

This year, MySEC2017 was held in Komplek Kuliah Pusat, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) on 7-9 August 2017. The campus is located in the east coast of peninsular Malaysia facing the South China Sea. I did presented paper titled BUSINESS INTELLIGENCE MODEL FOR MONITORING BLENDED LEARNING USAGE. 

Participants for the conference (I chaired this session)
This paper is part of the output from my research project with Dr Muhammad Shahbani and Mr. Suwannit Chareen. Thanks to my student Mohd Hafeez Mohd Soid for supporting this project success.

ahlulwulus@2017

23 April 2017

PERUTUSAN ISRAK DAN MIKRAJ DARIPADA NAIB CANSELOR 2017/1438H

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Muslimin dan muslimat warga kampus yang dirahmati Allah Subhanahuwataala,

Pada tanggal 27 Rejab, umat Islam di seluruh dunia akan memperingati peristiwa Israk dan Mikraj. Menurut para ulamak, peristiwa ini merupakan satu anugerah terindah daripada Allah Subhanahuwataala yang ingin mengembalikan keceriaan kekasih-Nya, iaitu Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassallam setelah berlaku beberapa peristiwa yang mendukacitakan baginda antaranya kematian Saidatina Khadijah radiallahuanha dan bapa saudara baginda Abu Talib.

Israk dan Mikraj ini merupakan mukjizat agung dan merupakan salah satu bukti kekuasaan Allah Subhanahuwataala. Peristiwa yang melangkau kemampuan akal manusia ini terungkap dalamnya  pelbagai pelajaran dan pengajaran bagi orang-orang yang beriman. Selain daripada itu, peristiwa ini merupakan  satu rahmat untuk mengukuhkan keimanan di hati hamba-Nya yang mengakui Nabi Sallallahu Alaihi Wassallam sebenar-benarnya Rasullullah dan Allah Subhanahuwataala sebenar-benarnya Tuhan yang layak disembah serta meyakini tentang kehebatan dan keagungan Allah Subhanahuwataala sebagai Pencipta.


Prof. Dato’ Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak
 Naib Canselor


“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1).

Semua warga kampus yang beragama Islam sewajarnya mengambil iktibar dan menghayati peri pentingnya peristiwa ini dalam kita menjalani kehidupan sebagai seorang hamba di muka bumi ini. Kita hendaklah reda dengan suka duka dan pasang surut dalam kehidupan sama ada dalam berkeluarga, pekerjaan dan bermasyarakat. Selayaknya juga kita sebagai hamba, beriktikad bahawa setiap dugaan ada hikmah yang tersembunyi dan jauhkan diri kita daripada berputus asa daripada rahmat-Nya.

Marilah kita berusaha melazimi amalan yang baik dalam kehidupan kita seharian. Semoga perjalanan hidup kita semua sentiasa dalam keberkatan-Nya.

Selamat Menyambut Israk dan Mikraj tahun 1438H.

Sumber: Pejabat PRO UUM, 2017

ahlulwulus@2016

19 January 2017

UUM KONGSI KEJAYAAN LUAR BIASA - AMANAT NAIB CANSELOR 2017

Pelbagai pesanan, amalan, nasihat, inspirasi dan kejayaan yang memberi satu semangat kepada staf UUM untuk mencapai matlamat universiti Pengurusan Terkemuka sempena Amanat Naib Canselor 2017 yang berlangsung di Dewan Muádzam Sham, UUM, pagi tadi. Menurut Dekan Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi & Logistik (STML), Profesor Dr. Shahimi Mohtar, UUM mencapai kejayaan luar biasa pada 2016 seperti pengiktirafan The Association to Advance Collegiate Schools of Business (AACSB), peningkatan pencapaian universiti (QS dan Times Higher Education ranking) dan memperbaiki kedudukan ranking ke 6 di Malaysia. Begitu juga dalam bidang urus tadbir, UUM meraih anugerah “Global Gold Green World Awards 2016 For Education & Training” dan “Penerbit Terbaik Malaysia”.



“Naib Canselor menyeru warga UUM berkerja dalam satu pasukan bagi mengharungi tahun 2017 yang lebih mencabar dan UUM tidak terkecuali daripada universiti awam di Malaysia apabila bajet tahunan dikurangkan sebanyak 60%. “Walaupun dengan budget yang terhad, UUM perlu berusaha dengan lebih gigih berdasarkan sumber yang sedia ada bagi mencapai pelan strategik  selain berkongsi pemikiran Donald Trump dan Barrack Obama,” tambahnya. Manakala Penyelaras Program Sarjana Muda Multimedia, Dr. Sobihatun Nur Abdul Salam sentiasa menyokong dan merealisasikan hasrat Naib Canselor terutamanya dari segi penyelidikan dan penerbitan yang perlu dimantapkan kerana masih terdapat lompong di sana sini. “Tanggungawab hakiki pensyarah yang bukan sahaja mengajar malah menulis, menerbitkan dan membuat penyelidikan kalau semua pensyarah memainkan peranan dengan lebih agresif dalam merancakkan penerbitan insya-Allah kita akan berjaya.

“Saya suka video yang ditayangkan yang menyuntik inspirasi mengenai kepemimpin dan pengurusan dan berharap semua staf lebih bersemangat, berdedikasi, bekerja sebagai ibadah kepada Allah dengan membetulkan niat,” luahnya. Sementara itu, Ketua Pembantu Tadbir, Azahari Abu Hassan berkata, 2017 tahun yang mencabar terutama dari segi ekonomi yang memerlukan iltizam yang padu untuk kita berdepan dengannya. “Dalam keadaan peruntukan yang dikurangkan, kita kena pandang jauh ke  hadapan untuk melonjakkan universiti ke tahap yang lebih tinggi, dan berharap semua dapat menerima dengan baik dan menyokong agenda yang dibawa. “Sikap yang perlu ada seperti yang ditunjukkan dalam lion attitude sebagai motivasi kepada warga UUM untuk mengorak langkah lebih ke hadapan secara tidak langsung menyuntik semangat untuk bersama-sama membangunkan UUM. “Hasil usaha warga UUM dan semangat berpasukan kita telah mencapai kejayaan yang membanggakan namun kita tidak boleh selesa dengan apa yang dicapai hari ini sebaliknya meneruskan usaha dengan lebih gigih,” jelasnya.

Sumber: UUM ONLINE

ahlulwulus@2017

24 December 2016

KISAH ORANG IT (INFORMATION TECHNOLOGY) - 10 SEBAB AKU MENYESAL BELAJAR SAINS KOMPUTER


10 tahun dalam dunia IT, aku akhirnya pasrah dan menyerah kalah. Aku masih ingat ketika aku mula-mula mengenal apa itu Pascal, C++, Visual Basic, PHP, database, network, Linux, semuanya indah. Setelah tamat ijazah, aku melangkah ke industri ICT tanah air dengan semangat yang berkobar-kobar, nak ikut jejak langkah Bill Gates, Linus Torvalds, Tim Berners-Lee dan Kevin Mitnick. Pengalaman mengajar aku pahit manis industri IT, yang semakin hari semakin mencabar dan semakin hilang taringnya jika dibandingkan ketika lewat 90an dan awal 2000an. Aku baru sahaja menghantar notis 24 jam sebagai programmer di salah sebuah syarikat IT kecil di sekitar Cyberjaya, walaupun ramai yang tidak setuju dengan tindakan aku ini. Banyak sebab kenapa aku hilang rasa cinta pada bidang ini. Ini adalah antaranya:

1. Kerenah client yang pelik-pelik (Clients from hell)

Function kami sebagai programmer adalah untuk menghasilkan sebuah sistem aplikasi baru untuk client berdasarkan brief yang diberi. Kami sudah dilatih bermain dengan fungsi, konsep, algoritma dan pengolahan idea. Oleh itu, dengarlah nasihat dan cadangan kami. Apa gunanya hire kami sebagai programmer kalau tak nak ikut cadangan dan proposal yang kami sediakan. Kami tahu apa yang anda mahukan dan kami boleh bekerja mengikut spesifikasi projek. Jadi tolonglah jangan bagi idea pelik-pelik dan minta yang bukan-bukan dari kami. Situasi ini sering terjadi jika client yang dibincangkan terdiri dari badan-badan kerajaan. Aku sangat sedih dengan mentaliti orang kita.
“Tak boleh pakai color ni, nanti diorang ingat website pembangkang pulak.”
“Mana gambar Dato’ / Datin / Menteri / KSU / Dr?”
“Boleh tak pakai gambar ni?” Dan besarkan?” (bagi gambar kecil dalam words. Celaka!)
"Saya nak kalau dia klik je button ni, data dari semua agensi seluruh negara akan disimpan kurang dari 10 saat?"
"Boleh tak buat borang online yang tak perlu nak taip banyak sangat, pakai niat sahaja dah habis isi."
Maka terhasillah sistem aplikasi atau laman web yang aneh dan menyakitkan hati, seumpama iklan ubat besarkan saiz zakar di Facebook, iklan jamu dan ubat jerawat seperti dalam majalah mastika atau sistem “Gomen” yang lebih mementingkan membodek dan ass-kissing orang atasan dari mesej yang cuba disampaikan dalam aplikasi tersebut.

2. Gaji kecil / Kerja banyak

Perkara ini memang sudah menjadi tradisi dalam industri ICT di Malaysia. Walaupun dalam resume sudah tertera pengalaman bekerja yang agak memuaskan, kebanyakan company masih akan hire pekerja IT dengan gaji yang kecil, alasannya tiada sijil professional dari Cisco, Microsoft, Oracle, Red Hat dan lain2. Habis tu apa point belajar degree sampai 4 5 tahun?

3. Waktu kerja yang tidak menentu

Satu lagi tradisi yang menjadi trademark industri ICT. Masuk kerja awal, balik lewat, kadang-kadang hingga lewat pagi. Kenapa kami selalu kena stayback? Baca point-point berikutnya.

4. Perangai Boss / Supervisor / Project Manager (konon-kononnya) / Client yang sangat menjengkelkan.

Mari aku terangkan dengan teliti apa yang berlaku. Bagi sebuah projek pembangunan aplikasi atau website, untuk sampai ke tahap final, sistem aplikasi atau website yang akan dibangunkan untuk sesuatu projek, kami perlu mendapatkan pengesahan daripada mereka-mereka dalam list ini. Memang kami tidak pernah akan mencapai final design dalam masa yang singkat atau dalam rekaan idea yang pertama. Bila semua perlu ditukar, tambah itu ini, tukar gambar, tukar color, tukar function, tukar button, tukar tulisan, tukar field, tukar database, tambah module, ada sahaja yang tidak kena. Apabila amendment sudah siap, orang-orang yang bertanggungjawab bagi idea2 mengarut akan menghilangkan diri, balik awal atau meeting. Jahanam. Agak mustahil boleh buat sebuah aplikasi dengan cepat dan mudah. Yang memeningkan kami, progress mesti on time, kalau lambat, programmer yang akan kena maki dulu, walhal progress kerja kami tergendala dek kerana mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab. Mereka akan maki, marah, kutuk dan bermacam lagi perbuatan yang boleh mencabar kesabaran kami, sedangkan mereka tahu, orang atasan yang patut lebih peka dan membantu kami menyiapkan projek. Biadap. Maka, berduyun-duyunlah programmer berkampung di office kerana nak siapkan projek sebab petang tadi time orang punch out balik, baru design approve, siap ada amendment, esok pagi bos / client nak tengok. Tak ke celaka sungguh perangai mereka ini?

5. Lambakan freelance developer yang menyediakan servis dengan harga yang langsung tak masuk akal. (Terlalu murah)

Keadaan ini telah menyebabkan industri IT negara dipandang enteng, murah dan tiada standard. 10 tahun dulu, upah untuk buat satu muka surat web page pun boleh mencecah sehingga RM500. Sekarang RM100 untuk keseluruhan webpage pun tidak mustahil lagi. Ada orang pernah tanya aku nak buat sebuah dynamic website siap dengan database, offer aku RM100. Aku tidak semurah itu. Bukan berlagak, bukan takbur tetapi apa gunanya kami berhabis belasan ribu ringgit, bertungkus lumus menceburi bidang ini, dan akhirnya mengambil bayar seciput itu untuk memuaskan hati client yang tahap cerewetnya mengalahkan artis?

6. Tanggapan masyarakat - kerja bidang IT kerja mudah.

Ramai yang ingat asal kerja dalam bidang IT je, kerja mudah cuma duduk depan PC taip2 program, angkat printer, pasang PC, cucuk2 kabel network dan sebagainya. Anda semua ingat senang ke nak bangunkan sebuah aplikasi? Atau install web server dan database? Atau configure sebuah switch network? Untuk menyiapkan satu page website yang lengkap pun makan masa, apatah lagi proses nak design workflow dan function. Bagi mereka mudah sahaja, “taip2 keyboard je.” “ala, kerja korang cucuk2 kabel je, senang la.” “kalau setakat nak pasang2 PC tu, aku pun boleh.” Kalau aku boleh siku, aku dah siku dah muka masing-masing.

7. Certified software expert lagi masyuk dari kerja IT biasa.

Aku hanya mampu melihat dengan mata putih, kejayaan orang IT yang memilih haluan menjadi pakar dalam jenama software2 tertentu seperti SAP, Cisco, Oracle dan lain2. Malah ada di antara mereka tiada degree dalam bidang sains komputer atau IT tidak perlu belajar 4 5 tahun pun, cukup dengan ambil professional certificate dengan kursus selama 5 hari, dah boleh jadi seorang software expert dengan gaji berkali2 ganda dari yang kerja dalam bidang IT biasa. Ex student science comp atau IT? Ramai kawan-kawan aku lari bidang, ada yang jadi polis, kastam, imigresen, PTD, balik kampung jaga lembu, buat bisnes MLM. Life is hard.

8. Lambakan crash course dan CD tutorial yang tersangatlah murah.

Ibarat sayur dipasar. Begitulah murahnya nilai ilmu dan skill dalam industri IT. Banyak lambakan buku dan tutorial seperti "Learn ____ in 3 days", "____ for Dummies" yang dijual di pasaran, malah boleh download je eBook kat Internet. Dan yang lagi best, mereka yang belajar sendiri dan tidak mendapat pendidikan yang formal di institusi2 tempatan pun boleh buat berkali lebih hebat daripada yang belajar sampai pecah kepala otak. Kami berhutang puluhan ribu dengan gomen semata-mata untuk mendapatkan ilmu dah rahsia dunia IT dan mengambil masa hampir 5 tahun. Sekarang, mamak buat teh tarik pun dah boleh buat app sendiri.

9. Aku benci dengan mentaliti “Tak nampak ciri Malaysia pun sistem ni?”

Kenapa semua benda nak “nampak Malaysia?” Ada sebab kenapa kami rujuk pada gaya dan vibe international. Untuk bersaing dengan industri IT dari luar, style dan influence industri kita mestilah sentiasa up-to-date dan mempunyai ciri international. Suka tak suka kau kena ikut trend semasa. Kau tak boleh nak buat design website atau aplikasi macam zaman Windows 95 di zaman design minimalist Windows 8/Android/iOS ni. Kau duduk bawah tempurung tahun bila pun, tak tahu lah.

10. Teknologi IT terlalu laju berkembang.

Ini adalah masalah terbesar orang2 IT. Teknologi IT itu terlalu sangat cepat dan laju berkembang sehingga sampai satu tahap selari dengan usia kau yang semakin meningkat, otak kau dah tepu dan tak boleh nak follow lagi teknologi2 IT yang terkini. Kalau kau ambil medic, struktur tubuh badan manusia yang kau belajar 20 tahun lepas, begitulah juga struktur tubuh badan manusia sampai sekarang. Kau belajar kejuruteraan awam, macam mana kau belajar nak buat infrastruktur jambatan 15 tahun lepas, benda yang kau belajar itu masih boleh diapply 15 tahun selepas itu. Kau belajar arkitek, macam mana kau belajar nak design rumah 10 tahun lepas, macam tu jugalah yang kau praktikkan sekarang.
Tapi kalau kau belajar IT, baru kau belajar PASCAL, 5 tahun lepas tu orang dah tak pakai dah PASCAL. Baru ko nak kenal Windows 98, 2 tahun kemudian keluar Windows 2000. Kalau dulu kau belajar Visual Basic 6, 5 tahun lepas tu orang dah pakai .Net. Baru kau berjinak2 dengan PHP, sekarang dah keluar macam2 PHP framework. Kalau masa belajar dulu network semua pakai kabel, beberapa tahun lepas tu dah keluar teknologi wireless. Kalau dulu kau chatting pakai mIRC dan ICQ, sekarang orang pakai Whatsapp dan Hangout. Last2 apa yang kau belajar 5 ke 10 tahun lepas kat universiti kebanyakannya dah tak boleh pakai.

Last2 generasi tua IT yang otak dah tepu nak belajar teknologi2 baru ni hanya layak jadi mandur sahaja mengarah2 budak2 muda buat kerja. Situasi ni kau boleh jumpa terutama di kalangan pegawai2 teknologi maklumat yang kerja kat gomen. Kebanyakan pegawai2 IT yang dah tua dan yang pangkatnya semakin tinggi ni (tak semua tapi kebanyakannya) langsung tak boleh dijadikan tempat rujukan kalau ada masalah bab2 teknikal, sebab teknologi IT terlalu cepat berkembang, mereka pula tidak pernah nak explore teknologi2 baru, so at the end kalau ada masalah diorang tak boleh nak jawab atau tolong solve pun masalah yang berkaitan hal2 teknikal, pegawai2 IT muda atau programmer ni la yang kena cari solution sendiri kat internet. Berbeza dengan bidang lain seperti doktor, jurutera, arkitek, peguam dan lain2, makin kau tua dan berpengalaman, pengetahuan dan kepakaran kau semakin tinggi dan bernilai. Yang IT ni, semakin kau tua, pengetahuan dan kepakaran kau 10 tahun lepas dah tak bernilai sangat pun pada hari ini.

Nota:

Kisah orang IT ini diambil dari internet yang tidak pasti siapa yang menulisnya. Apapun kisah benar ini menarik untuk dibaca khususnya oleh orang IT yang bekerja di sektor awam.

ahlulwulus@2017

13 December 2016

PERUTUSAN NAIB CANSELOR SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL TAHUN 1438H/2016M

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Muslimin Muslimat Warga UUM yang dirahmati Allah,

Syukur Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah Subhanahuwataala Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, ahli keluarga, sahabat dan pengikut Baginda, kerana  masih diberi kesempatan memperingati dan merayakan hari ulang tahun Keputeraan Kekasih Allah, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam .

Sempena meraikan hari lahir manusia suci dan agung ini, marilah kita bersama-sama menghayati sirah kehidupan baginda, yang penuh onak dan berliku, demi menyampaikan risalah agung, iaitu Al Quranul Karim  agar umatnya yang hidup dalam gelap gulita kerana kesesatan memperoleh cahaya iman dan takwa. Firman Allah  Subhanahuwataala dalam surah Al-Jumu’ah ayat 2:

Ertinya: “Dialah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan mereka Kitab dan Hikmah (As Sunnah). Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata”.

Manusia agung inilah juga sentiasa bertungkus lumus mengajar umat manusia berkaitan dengan tatacara kehidupan yang murni dan terpuji. Baginda merupakan suri teladan yang paling mulia merangkumi setiap inci gerak langkah hidup manusia, mengajar manusia tentang erti kasih sayang, persaudaraan, toleransi terutama dalam menjalani perhubungan sesama manusia. Allah Subhanahuwataala telah berfirman dalam surah Al Ahzab ayat 21 yang bermaksud:

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.”

Baginda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam juga telah mempersaudarakan orang mukmin dalam kalangan Muhajirin dan Ansar di bumi Madinah Al Munawarah bagi menyatupadukan semua kaum muslimin dan seterusnya berjaya membentuk negara Islam yang gemilang. Peristiwa ini memberi pengajaran kepada kita sebagai umatnya agar sentiasa mengutamakan ukhuwah Islamiyah bagi merealisasikan penyatuan dan mengekang sebarang usaha musuh untuk memecahbelahkan umat Islam demi mempertahankan kedaulatan agama dan negara. Allah  Subhanahuwataala berfirman:

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah dan janganlah kamu sekalian berpecah belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu semua ketika kamu bermusuh-musuhan maka Dia (Allah) menjinakkan antara hati-hati kamu  maka kamu menjadi bersaudara.” (surah Ali Imran, ayat 103).

Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini menyeru semua warga UUM agar sentiasa menjadikan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sebagai suri teladan utama dalam menjalani kehidupan seharian terutama ketika berada di tempat kerja. Mencontohi sikap baginda Sallallahu Alaihi Wasallam  dengan sentiasa bersikap belas ihsan, hormat-menghormati dan menyantuni rakan sekerja, pegawai bawahan dan juga pelanggan yang berurusan di organisasi kita.

Bertepatan juga dengan tema sambutan Maulidur Rasul Sallallahu Alaihi Wasallam Tahun 1438H/2016M Peringkat Kebangsaan, "UKHUWAH ISLAMIAH ASAS PENYATUAN UMMAH”, saya amat berharap agar kita terus mempereratkan ukhuwah sesama kita yang merupakan kunci utama penyatuan umat muslimin dan yang juga menjadi Sunnah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bagi  meraih  rahmat Allah Subhanahuwataala.

Sumber: UUM

ahlulwulus@2016

11 October 2016

BIG DATA SEMINAR - BIGIT TECHNOLOGY 19-20 SEPTEMBER 2016

Telah menghadiri seminar Big Data tahunan yang dinamakan BIGIT TECHNOLOGY yang telah diadakan pada 19-20 September yang lalu. Program ini bertujuan mempromosi teknologi Big Data kepda masyarakat dan pemain-pemain teknologi yang sentiasa menawarkan penyelesaian kepada aplikasi Big Data berasaskan kepada teknologi terkini. Tahun ini perbincangan banyak menjurus kepada ciri-ciri keselamatan yang perlu ada dalam penyelesaian aplikasi big data. Walau bagaimanapun fokus kepada peranan big data dalam memberi nilai baru dalam pengurusan data masakini banyak juga dibincangkan oleh penceramah. Namun, acara tahun ini dilihat tidak semeriah seperti tahun lepas kerana acara pamiran dan ceramah diadakan agak berjauhan. Seperkara yang menarik seminar tahun adalah acara khas untuk peserta kursus Data Science "Get Together" yang dianjurkan oleh MDec. Acara ini memberi pengiktirafan kepada peserta data science yang telah tamat kursus dan turut diraikan oleh Dr. Nikhil Sinha, Chief Business Officer Coursera.



Koleksi gambar program di atas boleh dilihat melalui link Get Together. Pihak MDec telah menyediakan sehelai T-Shirt khas untuk program ini dan setiap peserta yang hadir telah mendapatkannya dan ia dipakai pada majlis ini.

10 September 2016

BENGKEL PEMBANGUNAN APLIKASI MOBILE-ANDROID UNTUK PELAJAR KISMEC

Bengkel ini adalah siri yang ke-4 untuk pelajar-pelajar KEDAH INDUSTRIAL SKILLS AND MANAGEMENT DEVELOPMENT CENTRE (KISMEC). Bengkel kali ini di adakan pada 14 Jun - 23 Dis 2016 (kira-kira 5 bulan) bertempat di KISMEC, Sungai Petani. Pelajar-pelajar didedahkan dengan Android Application Development Fundamental, Problem-Solving Programming Skill & Java for Android, Layout Manager, Multimedia, fragment, Intent, Listview, Basic material Design, Broadcast Receiver, Alarm Manager & Sensors, Internet Connecton, Web Services, Thread & AsyncTask, Data persistence: Files, Saving State, Preferences & Database, Cross Platform Technology : Content, Styling & FrameworkIntel XDK, HTML5, CSS, Jquery Mobile, App Designer, Cross Platform Technology : ProgrammingJavaScript & Jquery, Cross Platform Technology : Important APIs Web Services, Cross Platform Technology : Important APIs Map & GeoLocation, Cross Platform Technology : Important APIs LocalStorage & Database, Saya adalah salah seorang daripada pemudahcara dalam bengkel ini yang terdiri dari Dr. Ahmad Suki, En. Ahmad Hanis, Dr. Hasbullah, En. Nurnasran, dan Dr. Osman Ghazali.


Sebahagian pelajar yang sedang fokus

Bengkel ini mengajar pelajar memahami kaedah pembangunan aplikasi yang berasaskan mobile dan seterusnya meningkatkan kemahiran mereka dalam pembangunan aplikasi mobile. Pada masa ini, ilmu dan kemahiran ini mendapatkan permintaan yang tinggi di sektor perniagaan awam dan swasta.

ahlulwulus@2016

06 September 2016

KNOWLEDGE MANAGEMENT INTERNATIONAL CONFERENCE (KMICE), CHIANG MAI, THAILAND 29-30TH AUGUST 2016

Pada 29-30th Ogos 2016, UUM CAS dengan kerjasama Universiti Rangsit, telah menganjurkan Persidangan ke-8 Pengurusan Pengetahuan Antarabangsa (KMICe 2016) di Chiang Mai, Thailand. Persidangan ini diadakan dua kali setahun dan telah berlangsung di Hotel Shangri-La Chiang Mai dan telah dirasmikan oleh Dr Attawit Ourairat, Naib Presiden Universiti Rangsit (Perancangan dan Pembiayaan).



Selepas majlis perasmian itu ucaptama disampaikan oleh Encik Scott M. Leeb yang merupakan Pengarah Perhubungan, Perunding Kanan, dan Pengurus Pengetahuan iKnow LLC dan MIND-ALLIANCE LLC di Amerika Syarikat. Ucapan beliau tentang "Big Data to Knowledge Discovery" memberikan pandangan yang menarik mengenai pengurusan pengetahuan. Selain itu, peserta KMICe 2016 juga mendapat beberapa idea daripada ucapan kedua yang disampaikan oleh Prof. Rusli Abdullah dari Universiti Putra Malaysia (UPM). KMICe 2016 turut dihadiri oleh pihak pengurusan Universiti Rangsit yang terdiri daripada Dr. Choonhapong Thaiaupathump (Penolong kepada Presiden untuk Teknologi), Penolong Profesor Dr. Chetneti Srisaan (Dekan Universiti RSU Cyber), Penolong Profesor Dr. Kulthon Kasemsan (Dekan Kolej ICT) dan Encik Thossaporn Thossansin (Pengarah Pusat Rangsit Perkhidmatan IT).

KMICE menyediakan platform untuk berkongsi kemajuan terkini dalam bidang pengurusan pengetahuan. Setakat ini ia telah menerbitkan enam prosiding dan sejak tahun 2008, prosiding KMICe telah diindeks oleh Thomson Reuters. Persidangan tahun ini telah menarik kira-kira 150 peserta dari pelbagai negara yang termasuk Republik Czech, Indonesia, Taiwan dan Thailand. Secara keseluruhan, KMICe 2016 menerima 148 permohonan dan 92 daripada mereka adalah untuk dibentangkan dalam acara dua hari (Sumber Unit Komunikasi Korporat UUM).

Saya juga turut serta dalam pembentangan kertas penyelidikan yang bertajuk Goal-UML Approach for Modeling Data Warehouse Requirements of Malaysian Rural Healthcare dan Improving Employees Retention Rate Through Knowledge Management and Business Intelligence Components. Seorang pelajar PhD saya juga membentangkan kertas penyelidikannya bertajuk A Proposed Framework for Mobile Internet QoS Customer Satisfaction using Big Data Analytics Techniques.

ahlulwulus@2016

25 August 2016

POKEMON GO - ANTARA FANTASI DAN REALITI

Pokémon GO adalah sebuah permainan mudah alih percuma berdasarkan lokasi realiti yang dikembangkan oleh syarikat Niantic dan diterbitkan oleh The Pokémon Company sebagai sebahagian dari francais Pokémon. Ia telah dikeluarkan pada bulan Julai 2016 bagi peranti iOS dan Android. Permainan ini menjadi fenomena kerana pemain boleh menangkap, bertempur, dan melatih makhluk maya dipanggil Pokémon, yang seolah-olah muncul di alam dunia sebenar. Permainan ini menggunakan teknologi Global Positioning System (GPS) dan kamera peranti yang serasi. Ia adalah percuma untuk bermain, walaubagaimanapun ia juga membuat penjualan dan pembelian dalam aplikasi bagi barangan permainan tambahan yang diperlukan. Pokémon Go Plus dijangka akan memberi pilihan kepada pemain untuk menggunakan Bluetooth untuk keluaran akan datang.

Logo Pokemon Go (Sumber: The Pokemon Company
Perjalanan antara dunia sebenar dan dunia maya Pokémon dengan Pokémon GO untuk peranti iPhone dan Android. Dengan Pokémon GO, anda akan menemui Pokémon dalam seluruh dunia anda baru sendiri! Pokémon GO dibina di atas Platform Permainan Real World Niantic dan akan menggunakan lokasi sebenar untuk menggalakkan peserta untuk mencari jauh dan luas dalam dunia sebenar untuk mencari Pokémon. Pokémon GO membolehkan anda untuk mencari dan menangkap lebih daripada seratus spesies Pokémon seperti yang anda meneroka persekitaran anda. Pokémon permainan video siri telah menggunakan lokasi dunia sebenar seperti Hokkaido dan Kanto di Jepun, New York, dan Paris sebagai inspirasi untuk tetapan fantasi di mana permainan yang berlaku. Dalam Pokémon GO, dunia sebenar akan menjadi tetapan (Sumber: The Pokémon Company).

Pemain perlu melangkah keluar untuk mencari dan menangkap Pokémon liar. Menjelajah bandar-bandar di sekitar tempat tinggal anda dan juga di seluruh dunia untuk menangkap seberapa banyak Pokémon yang boleh. Semasa anda bergerak, telefon pintar anda akan bergetar untuk membiarkan anda tahu tentang kehadiran Pokémon berdekatan dengan anda. Sebaik sahaja anda telah mengenalpasti Pokémon, lalu anda segera menyentuh skrin telefon pintar anda dan membuang bola Poké untuk menangkapnya. Namun anda perlu berhati-hati apabila cuba untuk menangkap, kerana ia mungkin lari. Anda juga boleh mencari PokéStops yang terletak di tempat-tempat menarik, seperti tempat seni awam, penanda sejarah dan monumen, di mana anda boleh mengumpul lebih banyak Poké bola dan lain-lain.

Apabila anda mula bermain Pokémon GO, anda akan dapat menyesuaikan rupa anda sebagai Trainer, memilih pakaian dan aksesori untuk memiliki rupa yang hebat dan menarik. Watak Trainer ini akan disesuaikan apabila anda bergerak pada peta, dan juga pada halaman profil anda. Tambahan pula, pemain lain akan melihat watak anda apabila mereka melawat Gim yang anda kawal. Apabila anda mendapat peringkat sebagai Trainer, dan pada tahap yang lebih tinggi anda akan dapat untuk menangkap Pokémon yang lebih kuat untuk melengkapkan Pokédex anda. Anda juga akan mempunyai akses kepada barangan yang lebih kuat, seperti Great Balls, untuk memberikan pukulan yang lebih baik menangkap Pokémon.

Terdapat cara-cara lain untuk menambah Pokémon untuk Pokédex anda. Jika anda menangkap spesies Pokémon yang sama dalam masa yang cukup, anda akan mendapat peluang untuk mengembangkan salah seekor daripada mereka. Dan seperti yang anda terokai, anda mungkin akan dapat Pokémon Telur di PokéStops yang akan menetas selepas anda berjalan pada jarak tertentu. Apabila mereka menetas, anda mungkin mendapati Pokémon yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Sesetengah Pokémon liar hanya akan muncul di tempat-tempat tertentu berhampiran tempat tinggal anda atau di seluruh dunia. Sebagai contoh, sesetengah Pokémon jenis air hanya boleh muncul berhampiran tasik dan lautan. Begitu jika Pokémon yang berada di hutan akan sentiasa berada berhampiran hutan. Jika anda berada jauh dari rumah, pastikan untuk sentiasa berwaspada terhadap Pokémon yang tidak biasa anda hadapi. Jika terdapat sejumlah besar Poliwag di kawasan anda, tetapi tiada Poliwhirl berdekatan, maka menangkap banyak Poliwag dan akhirnya mendapat keupayaan untuk berkembang ke dalam Poliwhirl.

Pada masa tertentu dalam permainan, anda akan diminta untuk menyertai salah satu daripada tiga pasukan. Sebaik sahaja anda menyertai pasukan tersebut, anda akan mendapat keupayaan untuk menetapkan Pokémon yang telah ditangkap untuk membuka lokasi Gim atau Gim di mana ahli pasukan berkumpul.

Permainan ini dengan cepat menjadi salah satu yang paling digunakan aplikasi peranti pintar selepas melancarkan, mengatasi rekod terdahulu yang dipegang oleh Candy Crush Saga di Amerika Syarikat, dan merupakan dorongan kepada peningkatan kepada nilai saham Nintendo, yang memiliki sebahagian daripada The Pokémon Company. Ia dipuji oleh beberapa profesional perubatan untuk berpotensi meningkatkan kesihatan mental dan fizikal pemain, namun telah menarik beberapa kontroversi kerana laporan menyebabkan kemalangan dan menyebabkan gangguan awam di beberapa lokasi di seluruh dunia. Di Malaysia sendiri, pihak agama yang berwajib seperti Jabatan Agama Negeri Perak dan Kedah telahpun mengharamkan permainan ini atas kemaslahatan umum. Tidak kurang juga reaksi daripada beberapa Institusi awam turut melarang kakitangan mereka bermain dengan Pokemon Go pada waktu bekerja.

Kesimpulannya, teknologi realiti maya, GPS dan mobile telah memungkinkan aplikasi ini tersedia untuk dimainkan. Dari sudut ilmu pengetahuan, teknologi ini adalah baik untuk mengadapatasi aplikasi sebenar dalam suasana maya yang boleh digunakan dalam suasana yang sangat fleksible. Sudah tentu banyak aplikasi lain yang lebih memberi manfaat kepada manusia sejagat boleh dibangunkan menerusi teknologi ini. Umpamanya aplikasi untuk melaksanakan Haji/Umrah di Tanah Suci Mekah yang melibatkan pergerakan dan lokasi tertentu dalam melengkapkan ibadat. Mungkin teknologi ini dapat membantu jemaah melaksanakan ibadah dengan lebih sempurna. Para saintis ICT perlu mengambil manafaat dari teknologi ini demi kesejahteraan ummah.

ahlulwulus@2016

19 August 2016

APLIKASI WHATSAPP – CARA BERKOMUNIKASI ALAF BARU

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah merubah kaedah komunikasi kepada yang lebih inovatif dan informatif. Penggabungan teknologi komunikasi dan sistem maklumat telah mewujudkan senergi mantap dalam kepelbagaian kaedah komunikasi melalui komputer, tablet, telefon bimbit, telefon pintar dan sebagainya. Kesediaan talian internet dan rangkaian jalur lebar telah membolehkan kaedah komunikasi media sosial yang baru diperkenalkan. Terdapat banyak aplikasi media sosial yang disediakan secara berbayar atau ia diberi secara percuma seperti disenaraikan di Jadual 1.

Jadual 1: Senarai Aplikasi Media Sosial
Whatsapp Messenger adalah salah satu daripada beberapa aplikasi baru yang dibangunkan sebagai alternatif kepada penggunaan SMS (short message service) melalui penggunaan telefon pintar yang berasaskan sistem operasi Android, BlackBerry OS, BlackBerry 10, iOS, Series 40, Symbian (S60), dan Windows.

Di zaman moden ini, telefon pintar telah menjadi gajet penting dalam kehidupan seseorang sehingga dirasakan seperti “katak di bawah tempurung” jika tidak memilikinya. Hal ini telah mengubah gaya berkomunikasi seeorang daripada hanya menghantar teks hinggalah kepada penghantaran suara dan video. Mengikut Ericsson, pada tahun 2009 sebanyak 150 petabait/bulan data suara direkod dan telah meningkat kepada 1800 petabait/bulan pada 2012 apabila pengguna media sosial kian berkembang. Peningkatan ini diramalkan akan berkembang sebanyak 45% menjelang tahun 2019 (Sumber: The Malaysian Insider). Penggunaan Aplikasi lain yang menjadi saingan whatsapp adalah seperti Line, KakaoTalk, WeChat, Telegram dan sebagainya. Mengikut pasaran saham semasa, sistem operasi Android masih mengatasi yang lain seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2.

Jadual 2: Pasaran Saham Semasa Sistem Operasi Mobile
Whatsapp Messenger merupakan aplikasi penghantaran mesej yang bukan hanya mampu menghantar mesej berbentuk teks, malah mesej tersebut boleh berbentuk imej, gambar, video, audio, dan peta. Hal ini lah yang menyebabkan ianya cepat popular berbanding dengan kaedah konvensional penghantaran mesej yang berasaskan teks semata-mata. Pada masa ini, Whatsapp Messenger telah mengendalikan lebih 27  bilion mesej sehari dengan peningkatan sebanyak 18 bilion mesej pada akhir 2012. Jika dibandingkan dengan lain-lain aplikasi penghantaran mesej, Whatsapp Messenger didapati mempunyai lebih ramai pengguna berdaftar dan lebih banyak mengendalikan penghantaran mesej sehari. Hal ini dapat ditunjukkan seperti dalam Jadual 3.

Jadual 3: Jumlah Pengguna dan Pengendalian Mesej
Penggunaan aplikasi penghantaran mesej segera ini telah merubah gaya berkomunikasi masyarakat masa kini. Berbanding dengan cara konvensional yang hanya menggunakan teks, melalui aplikasi ini berbagai bentuk mesej boleh dihantar dan dikongsi bersama rakan perseorangan ataupun berkumpulan. Mesej tidak hanya terhad kepada teks semata-mata, malah mesej yang berbentuk audio, video, gambar, peta dan sebagainya boleh dihantar dengan mudah. Kesediaan talian internet yang bersaiz besar sehingga 4 Gigabait untuk penggunaan individu telah membantu penggunaan aplikasi ini berkembang dengan cepat dan luas. Perkembangan ini telah memberikan alternatif baru kepada aplikasi laman sosial seperti Facebook dan Twitter yang telahpun menjadi fenomena sebelum ini.

Tujuan aplikasi penghantaran mesej segera ini adalah untuk memudah dan mempelbagaikan mod penghantaran maklumat dengan cara yang lebih dan pantas melalui pelbagai peranti seperti telefon bimbit dan tablet. Aplikasi ini telah di bangunkan oleh bekas ketua eksekutif Yahoo yang beribu pejabat di Santa Clara, California iaitu  Brian Acton dan Jan Koum. Berasaskan kepada pengalaman membangunkan Yahoo selama hampir 20 tahun, mereka telah membangunkan aplikasi Whatsapp dengan melengkapkan ciri-ciri aplikasi penghantaran mesej segera yang lebih baik berbanding dengan aplikasi-aplikasi yang lain. Hal ini telah mencetuskan suatu fenomena baru dalam perkongsian maklumat di alam maya. Fenomena yang telah mencetuskan pelbagai implikasi baik dan tidak baik kepada masyarakat.

Manfaat yang baik daripada penggunaan Whatsapp ini tidak perlu dipertikaikan. Selain boleh menyalurkan maklumat dengan lebih cepat dan pantas, ia juga menjadi alat merapatkan hubungan silaturahim sesama keluarga, teman, rakan sekerja, sahabat handai, komuniti, parti politik dan sebagainya. Malah lebih daripada itu, ia digunakan untuk merancang dan melaksanakan suatu program samada yang berbentuk kemasyarakatan, pendidikan dan Negara. Pihak pengurusan di peringkat jabatan, negeri kementerian dan Negara telahpun menggunakan kemudahan ini untuk membincangkan sesuatu itu tanpa memerlukan mesyuarat formal yang sudah pasti memerlukan masa dan tenaga. Pelbagai isu dan masalah dapat dibincangkan secara tertutup bersama dengan ahli yang terlibat dan keputusannya dapat diperolehi dengan cepat dan berkesan. Kemesraan sesama keluarga dan rakan taulan dapat ditingkatkan melalui “chatting” pada bila-bila masa yang sesuai. Secara tidak langsung perkara ini telah meningkatkan nilai-nilai kekeluargaan, kemasyarakatan dan jati diri kepada rakyat.

Walaupun begitu, tidak dinafikan ada kesan yang tidak baik dari penggunaan Whatsapp yang tidak berpandukan kepada nilai-nilai murni sejagat, khususnya nilai-nilai yang berasaskan ajaran agama. Di peringkat Negara, hal ini mungkin menyebabkan Negara tersebut mengharamkan penggunaan aplikasi ini atas sebab politik dan keselamatan seperti yang dilakukan oleh Iran (sumber: Business Insider). Selain itu, ketaksuban menggunakan Whatsapp sehingga mencetuskan ketegangan hubungan di antara suami dan isteri, ibu bapa dan anak-anak, rakan dan rakan sekerja, pekerja dan majikan, rakyat dan pihak berkuasa dan sebagainya telah memberikan impak yang negatif kepada teknologi ini. Ekoran daripada ketegangan ini berlakulah perkara yang tidak diingini seperti isteri dipukul suami, anak memukul ibu, majikan memarahi pekerja dan sebagainya akibat daripada komunikasi yang tidak sepatutnya berlaku di dalam Whatsapp. Seperkara yang mungkin tidak dapat dielakkan adalah kebocoran maklumat dan penyalah tafsiran terhadap maklumat yang dibincangkan telah mencetuskan suasana yang tidak tenteram di dalam keluarga, persahabatan, komuniti, parti politik dan Negara amnya.

Umumnya, segala bentuk teknologi yang memberi manfaat kepada manusia sejagat akan ada kesan yang tidak baik masyarakat jika tidak diaplikasikan dengan kaedah yang betul. Ia umpama senjata yang bertujuan untuk mempertahan diri, dan bukannya digunakan sewenang-wenangnya membunuh manusia yang tidak berdosa. Samalah halnya dengan teknologi Whatsapp ini, perlulah digunakan dengan bijak serta sentiasa berpandukan kepada norma-norma hidup yang baik serta ajaran agama. Sudah tentulah matlamat untuk melahirkan masyarakat yang berilmu, berpengetahuan dan berinovasi tinggi mampu dilahirkan dengan sokongan teknologi seperti ini dalam menjalani kehidupan yang semakin mencabar.

ahlulwulus@2016

18 August 2016

BENGKEL PEMBANGUNAN APLIKASI MOBILE UNTUK PENSYARAH IPG SUNGAI PETANI

Hari ini (17/8/2016) mengadakan bengkel pembangunan aplikasi mobile kepada pensyarah Institut Perguruan (IPG) Sungai Petani. Cadangan asal adalah untuk membantu kawan-kawan dari IPG ini dalam memahami bagaimanana aplikasi mobile dibangunkan. Juga, bagaimana aplikasi mobile yang menggunakan tool Intel XDK boleh membantu pensyarah untuk membangunkan aplikasi yang sesuai untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Terima kasih kepada Dr. Zakaria dari IPG dan Dr. Muhammad Shahbani dari UTLC UUM yang menjayakan bengkel ini.

Sedang memberi bengkel dan menerima cenderamata dari En. Roslan IPG

BICARA BAHAYA ISIS – PENYELEWENGAN AGAMA DAN GEO POLITIK

Penceramah: DSP Wan Ruzailan Wan Mat Russof, Dr. Zamihan Al-Ghari, Prof. Madya Dr. Mohd Hizam Hanafiah
Apabila berebut kuasa politik pemerintahan di Iraq, Afghanistan dan Syria maka muncul pelbagai kumpulan bersenjata untuk mengungguli kuasa, masing-masing menuntut atas nama Islam, akidah, salafi dan undang-undang Islam. Akhirnya campur tangan asing yang memberi dana dan senjata mengakibatkan kehancuran sebuah negara dalam skala besar menyaksikan 250,000 rakyat terbunuh, lebih 2 juta hilang tempat tinggal mencetuskan Islamofobia di Eropah. Demikian kata Dr. Zamihan Al-Ghari, Presiden Pertubuhan Ahlul Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA) yang mengupas kemunculan perkembangan kumpulan pengganas dan kekejaman golongan pelampau agama pada Forum Bahaya Militan ISIS (Daesh), di DKG 5/1, UUM. Ujarnya, semangat cintakan iman, tanah air dan inilah manifestasi perjuangan yang dipelopori alim ulama terdahulu sejak membina negara bangsa dan menghadapi ancaman serangan penjajah. Kini serangan dalam bentuk kontemporari bermula dengan akal pemikiran radikalis mewujudkan tindakan ekstremis dengan dana yang dibentuk akhirnya bertindak secara radikal menatijahkan tindakan pengganas.

Betapa bahayanya pemikiran radikal agama justeru kita melihat huraian berpola kepada dua subjek iaitu radikalisme agama dan keselamatan negara untuk memberi kefahaman tentang bahaya fahaman militan ISIS kepada masyarakat, ucapnya dalam forum anjuran Jabatan Keselamatan UUM dengan kerjasama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan ASWAJA sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat UUM. Kemunculan kumpulan militan negara Islam dari Al-Qaeda of Iraq, menjadi MSC, IC, ICIL, IS dan ISIS disebabkan masalah geo-politik setempat seperti di Afghanistan runtuhnya pemerintahan akibat peperangan, kejatuhan Saddam di Iraq serta penentangan terhadap Bashar Al-Assad. Munculnya kumpulan ini disebabkan doktrin agama yang menyeleweng dan Nabi mengingatkan penyelewengan dalam agama akan dibanteras oleh ulama yang berpegang kepada disiplin ilmu ahli Sunnah Wal Jamaah.

Sabda baginda, akan datang ada sebahagian dari umatku yang sentiasa mendokong kebenaran mereka itu ahli Sunnah wal Jamaah yang menghapus penyelewengan pelampau agama, membanteras golongan pemalsu agama dan tampil memberi penjelasan terhadap takwilan orang jahil agama. Negara Islam dibina oleh Nabi dan legasinya diteruskan oleh 4 khalifah, begitu juga kesinambungan dari bani Umayyah, Abbasiyah sehingga terpecahnya kerajaan Uthmaniyah menyaksikan kerajaan kecil seperti Kesultanan Melayu Acheh dan Kesultanan Melayu Melaka yang legasinya terdapat dalam kerajaan Malaysia yang mempunyai ciri-ciri negara Islam. Jadi, negara Islam bukan milik kumpulan militan cuma mereka mendapat dana dari organisasi yang mantap akhirnya berjaya membina negara bangsa yang baharu iaitu proto state nation. 

Di Timur Tengah ISIS dikenali sebagai Daesh, iaitu golongan yang memaksa orang lain mengikut pendapat mereka atau menghancurkan seseorang yang berada di bawah tapak kaki,” ujarnya. Forum itu turut mendapat kupasan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Hizam Hanafiah, Sarjana Pelawat The Wharton School University of Pennsylvania, USA; tentang keganasan dan kezaliman yang dilakukan oleh kumpulan militan, manakala operasi membanteras aktiviti Daesh ini telah dijelaskan oleh DSP Wan Ruzailan Wan Mat Russof, Bahagian Anti Keganasan, Bukit Aman dan dipengerusikan oleh Al-Azharri Siddiq Kamunri dari Majlis Keselamatan Negara (MKN). Penganjuran forum ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang bahaya fahaman militan ISIS kepada masyarakat di UUM khususnya dan masyarakat sekitar kampus amnya.

Masyarakat juga dinasihati supaya tidak sesekali bersekongkol dengan kumpulan ini serta menyeru agar masyarakat bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk membanteras aktiviti kumpulan ini.

- Dipetik dari sumber rasmi UUM.

ahlulwulus@2016