12 July 2026
Bola Sepak Piala Dunia 2026
17 May 2025
25 November 2024
Prompt AI Yang Baik
Infografik ini memberikan panduan langkah demi langkah untuk menghasilkan prompt yang baik bagi ChatGPT. Berikut adalah ringkasan dalam bahasa Melayu:
1. Kenal Pasti Objektif:
Tentukan apa yang anda ingin capai dan jelaskan dengan jelas.
Contoh: “Belajar asas pembelajaran mesin.”
2. Jelas dan Spesifik:
Elakkan kekeliruan. Gunakan bahasa yang tepat dan jelaskan dengan terperinci.
3. Berikan Konteks:
Tambahkan latar belakang dan buat permintaan yang sesuai dengan situasi.
Contoh: “Pemula dalam pembelajaran data sains menggunakan Python.”
4. Gunakan Kurungan untuk Input yang Berubah:
Masukkan tempat kosong atau templat untuk input yang boleh diubah.
5. Gunakan Soalan Terbuka:
Galakkan jawapan yang lebih terperinci dan elakkan soalan jenis ya/tidak.
Contoh: “Apakah kebaikan dan keburukan penyimpanan awan?”
6. Nyatakan Format atau Gaya:
Beritahu dengan jelas jenis format yang diinginkan, seperti senarai atau carta.
7. Hadkan Skop:
Fokuskan permintaan untuk mengelakkan topik yang terlalu umum.
8. Ulang dan Perbaiki:
Semak semula prompt dan ubah suai jika perlu untuk hasil yang lebih baik.
9. Sertakan Contoh Jika Sesuai:
Tunjukkan contoh untuk memperjelaskan permintaan anda.
10. Uji dan Pelajari:
Cuba variasi berbeza dan bandingkan hasilnya untuk memperbaiki prompt masa hadapan.
Kesimpulannya, infografik ini membantu anda membuat prompt yang lebih jelas, terperinci, dan tepat untuk mendapatkan jawapan yang diingini daripada ChatGPT.
10 Jenis Soft Skills
10 November 2024
Sama' Hadis Sahih Al-Bukhari
Program Sama' Hadis Sahih Imam Bukhori telah diadakan pada 10-21 November 2024 di Masjid Putra, Putrajaya. Prof Dr. Syeikh Yusri Rushdi Sayyid Jabr Al Hasani (walaupun ada pihak yang mempertikaikan kehadirannya kerana bersangkut dengan beberapa isu) menyampaikan ucap utama pembukaan majlis ini dengan menceritakan kepentingan majlis riwayat hadis Imam Bukhari dalam menghayati hadis Nabi Muhammad SAW untuk semua mengambil manfaat Dan melaksanakannya dalam kehidupan. Hingga dikatakan hadis Sahih Bukhari berada ditingkat yg paling atas berbanding dgn hadis lain seperti Muslim, Termizi, Nasai, Abu Daud, Dan yang lainnya. Imam Bukhari bukanlah yg menulis kitab sahih Bukhari, tapi beliau hanya mengumpulkan hadis dengan teliti sehingga 600 ribu namun akhirnya menentukan hanya 7563 hadis sahaja yang paling sahih. Hadis2 ini telah dibukukan oleh pengikut selepas itu. Para ulamak dari dahulu hingga sekarang mengiktiraf Sahih Bukhori sebagai sebuah kitab rujukan yang utama selepas al-Quran. Seramai lebih kurang 500 peserta dalam dan luar negeri telah menyertai program ini yang dirasmikan oleh YB senator Dato Dr. Naim menteri agama. Saya berkesempatan hadir menyaksikan majlis pembukaan ini dan mendengar bacaan sehingga 100 hadis awal sahih Bukhori. Alhamdulillah.
28 May 2024
ALONG KEMALANGAN DI JALAN KE UUM
18 December 2022
HARI KESIHATAN SEDUNIA 2022
24 November 2022
TAHNIAH YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI ANWAR BIN IBRAHIM PM KE-10
15 October 2022
UUM UNIVERSITI KE-2 TERBAIK DI ASIA - THEWUR 2023
Universiti Utara Malaysia (UUM) berbangga apabila berada di kedudukan kedua terbaik dalam kalangan universiti awam dan swasta di Malaysia sekali gus meletakkan universiti ini di kedudukan 70 universiti terbaik di Asia dalam ranking Times Higher Education World University Rankings (THEWUR) 2023 yang diumumkan pagi tadi.
Dengan lonjakan sebanyak 200 anak tangga, kedudukan universiti ini setara dengan University of Denver di Amerika Syarikat, Brunel University di United Kingdom, Victoria University of Wellington di New Zealand dan Murdoch University di Australia yang sama-sama berada di tangga 401-500 dunia. Naib Canselor, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah ketika ditemu bual berkata peningkatan dalam kategori impak sitasi yang ketara di samping penyelidikan dan penampakan pengantarabangsaan berbanding tahun lalu menunjukkan segala strategi yang dilaksanakan melalui Pelan Strategik UUM membuahkan hasil yang memberangsangkan.
“Kategori penampakan pengantarabangsaan meningkat daripada 315 ke 274 berpunca daripada peningkatan jumlah pelajar dan staf antarabangsa serta aktiviti antarabangsa yang terus melonjak. “Universiti ini juga membuktikan impak sitasi akademik turut meningkat daripada 883 kepada 660 sekali gus menunjukkan mutu penerbitan, pengajaran dan pembelajaran mencapai tahap yang membanggakan,” tambah beliau. Katanya, dengan lonjakan ini, kedudukan UUM dalam ranking dunia turut meningkat berbanding edisi lalu apabila berada dalam kelompok 500 universiti terbaik dunia.
“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga universiti atas usaha keras membantu dalam semua perkara sehingga universiti dapat meningkatkan ranking di peringkat antarabangsa. “Usaha ini adalah hasil kerjasama semua peringkat warga universiti yang menyumbang tenaga dan idea sehingga kita berjaya mencapai penarafan antarabangsa terbaik setakat ini,” tambahnya. Dalam pada itu, THE World University Rankings merupakan penarafan universiti yang berasaskan penyelidikan. Oleh itu, peningkatan dalam kategori ini di samping sitasi menunjukkan UUM juga setara dengan universiti penyelidikan yang lain.
Pencapaian yang menggembirakan ini merupakan usaha bersama semua warga universiti tanpa mengira peringkat dan sekali gus membuktikan kemampuan kita semua bahawa walaupun UUM merupakan universiti komprehensif dengan fokus kepada Pengurusan namun ia bukanlah penghalang untuk memperoleh kejayaan lebih besar. Malah Naib Canselor berharap agar semua pihak memberikan komitmen sepenuhnya dan menjalankan amanah sebaik mungkin selaras dengan Gagasan Gemilang Akademia dan Admin Holistik (GAGAH) yang diterapkan oleh Universiti agar terus konsisten memacu kecemerlangan unniversiti di peringkat antarabangsa.
Bagi edisi terbaharu ini, THE World University Rankings menyenaraikan 1,779 universiti dari 104 buah negara yang merupakan penyenaraian terbesar sejak dilancarkan. Keputusan terkini kaji selidik THE World University Rankings 2023 boleh dilayari di https://www.timeshighereducation.com/world-university-rankings/2023/world-rankings.
Source: UUM ONLINE
08 October 2022
BERKUNJUNG KE ZOO TAIPING
27 September 2022
A TEACHER IS THE BACKBONE IN NATIONAL EDUCATION
Despite the many titles given including ‘teacher’, ‘ustaz’, and ‘lecturer’, educators are no doubt the ones who shoulder the majority of the responsibility for sustaining the obligation to educate each and every one of us—spanning the present, the past, and even the future—in allowing for the transparent transmission of knowledge. The Vice-Chancellor of Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah said, it is beyond question that educators play a significant part in assisting each student in becoming a contributing member of society today and in the future.
"I accepted the invitation to share knowledge with educators and the community here with openness in line with the continuation of the UUM-PIBKS Building People's Well-Being (MEKAR) programme which was inaugurated by the Minister of Rural Development, Dato' Seri Mahdzir Khalid recently," he said at an event which gathers 800 educators from all over Pendang at Sekolah Menengah Kebangsaan Pendang (SMK) last Friday. Haim Hilman added, this programme is also considered an endeavour to improve ties with educational institutions in particular and with all educational institutions in Kedah and even in Malaysia.
This kind of sharing is genuinely priceless because it is the responsibility of these educators that keep the flame of their shared enthusiasm alive. Along with that, he also shared about the highs and lows of his life, from elementary school to secondary school to university to his current role as the Vice-Chancellor of UUM. The programme, organised by Pendang Education Office and Pendang Education Foundation, was also attended by Kedah State Executive Committee, Dato' Suraya Yaacob. According to her, such a programme was intended to inspire educators as well as the Parent and Teacher Association (PIBG) in this district, honouring the sacrifices made by educators in training their kids to be beneficial to themselves, the community, religion, and the country.
"The invitation of the country's famous figure, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah to Pendang can certainly inject enthusiasm among those present because he is well known as a lowkey personality who managed to capture the pinnacle of academic success," she said. She is optimistic that through cooperation, teachers would enjoy their work, helping educate the nation's youth, and being rewarded by Allah in this world or in the hereafter.
20 September 2022
SESI NAIB CANSELOR BERSAMA PENSYARAH UUM SIRI 3/2022 (KOHORT A)
![]() |
| Penerima Anugerah Daripada SOC |
19 September 2022
WALIMATUL URUS SAHABAT
![]() |
| Wahab Ibrahim |
![]() |
| Zulkifli Bidin |
11 August 2022
TAHNIAH YANG BERBAHAGIA DATO' HAJI ZAINUL RIJAL ABU BAKAR
21 February 2022
MENINGGALNYA ANAK TERAKHIR LEBAI TALIB DAN ALANG TEKAH - ANJANG ZUBER BIN LEBAI TALIB
17 February 2022
MAJLIS APRESIASI SOC 2021
16 February 2022
MOHD TASLIM ABD RASHID PENCIPTA LOGO UUM
12 February 2022
SAHABAT ZAINAL HARUN DAN SULAIMAN HASHIM TELAH MENINGGAL DUNIA
| Sulaiman Hashim |



















