16 February 2022
MOHD TASLIM ABD RASHID PENCIPTA LOGO UUM
12 February 2022
SAHABAT ZAINAL HARUN DAN SULAIMAN HASHIM TELAH MENINGGAL DUNIA
| Sulaiman Hashim |
04 February 2022
BANG SALEHUDIN RASLAN KEMBALI KE RAHMATULLAH
29 January 2022
WALIMATUL URUS ANAKANDA SYAHIRAH DAN SHAHRUL NIZAM
26 January 2022
NAIB CANSELOR BAHARU TERUSKAN AGENDA UUM
Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah secara rasminya dilantik sebagai Naib Canselor baharu Universiti Utara Malaysia (UUM) yang kesembilan berkuat kuasa pada 17 Januari lalu bagi menggantikan Prof. Dato’ Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani yang telah tamat tempoh perkhidmatan pada 25 Ogos 2021. Beliau yang melaksanakan tanggungjawab sebagai Yang Menjalankan Fungsi Naib Canselor UUM sejak 12 September tahun lalu turut memegang jawatan sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) mulai 1 Januari 2021.
Anak kelahiran Tanjung Malim, Perak itu berjanji akan meneruskan misi universiti menjadi Universiti Pengurusan Terkemuka, di samping menggalas amanah yang diberi untuk menerajui kepimpinan di UUM dengan sebaiknya demi kelestarian universiti ini. Dengan memiliki Ijazah Kedoktoran dalam Pengurusan Strategik dari Universiti Putra Malaysia, selain Ijazah Sarjana dan Ijazah Sarjana Muda dalam Pentadbiran Perniagaan dari University of Portsmouth, United Kingdom.
Memulakan kerjaya di UUM pada tahun 2000, beliau telah diberi kepercayaan untuk memegang pelbagai jawatan pentadbiran sama ada di pusat pengajian mahupun pusat tanggung jawab berbekalkan pengalaman dalam bidang akademik dan pentadbiran di universiti lebih 20 tahun. Antara jawatan yang pernah disandang ialah Penolong Naib Canselor UUM COB, Pengarah Institut Pengurusan Kualiti (IPQ), Pengarah Unit Pengurusan Korporat, IPQ dan Ahli Jawatankuasa Penasihat Akademik - QS World University Rankings.
Pengalaman dan kepakaran dalam bidang pengurusan strategik membuatkan beliau menjadi pilihan sebagai pengucap tama dan penceramah daripada banyak pihak sama ada dari dalam mahupun luar negara. Selain itu juga, beliau telah menerbitkan lebih 200 buah buku, artikel jurnal, prosiding dan artikel akhbar. Beliau turut menerima pelbagai pengiktirafan dan anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa seperti Literati Awards 2020, Awards for Excellence Highly Commended, Emerald Publishing Limited; Distinguished Business Dean,Academy of Global Business Advancement (AGBA), Amerika Syarikat dan Productivity Champion, Malaysia Productivity Corporation, Malaysia.
Semoga UUM mampu mencapai kejayaan yang lebih cemerlang apabila perancang strategik menjadi peneraju utama universiti, sekali gus mencapai visi yang telah ditetapkan sejak pelaksanaan Pelan Strategik UUM pada 2010 dan Gagasan Gemilang Akademia dan Admin Holistik Universiti Utara Malaysia (UUM) 2021-2025 (GAGAH UUM) yang dilancarkan beliau pada tahun lalu.
Sumber: UUM ONLINE
14 January 2022
WALIMATUL URUS ANAKANDA LUQMAN HAYUB
25 September 2021
MENINGGAL SEORANG SAHABAT YANG BAIK - PROF MADYA DR. LIONG CHOONG YEUN
15 September 2021
PELAJAR KEMBALI KE KAMPUS SEMESTER OGOS 2021
11 January 2021
KAKAK ZAINAB (YONG) DISAHKAN POSITIF COVID-19
STRATEGIK KPT MEMERTABATKAN SEKTOR PENGAJIAN TINGGI NEGARA
04 January 2021
AMANAT NAIB CANSELOR 2021 - MEMACU KECERMELANGAN UUM
31 December 2020
KE GUNUNG JERAI CUTI HUJUNG TAHUN 2020
06 October 2020
PERJUMPAAN DENGAN MENTERI AGAMA SENATOR DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
KUARANTIN KERANA KONTAK RAPAT MENTERI AGAMA
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
12 May 2020
NAIK PANGKAT KE PROFESOR MADYA
30 April 2020
STRATEGI BARU DALAM MENYAMBUT RAMADHAN MASA COVID-19
Sumber: UUM ONLINE
ahlulwulus@2020
15 April 2020
MAKLUMAT TIDAK BENAR MENGENAI NASIHAT KESIHATAN COVID19
![]() |
| Bawang Putih |
7. Penutup muka (face mask) melindungi dari virus Corona
Penutup muka tidak sepenuhnya melindungi diri dari virus Corona kerana ia hanya boleh menghalang partikel kecil virus sahaj. Penutup muka hanya berfungsi membantu mencegah penyebaran "droplet" kepada orang ramai melalui hidung dan mulut sahaja. Walaupun memakai topeng muka adalah suatu tindakan yang baik terutamanya semasa musim penularan wabak ini, adalah lebih baik untuk memakainya dengan cara yang betul dan memastikan tangan anda sentiasa bersih. Cara yang betul untuk memakai topeng muka adalah dengan memastikan bahagian berwarna sama ada biru atau hijau bergantung pada topeng yang berada di pasaran berada di luar dan untuk memastikan bahawa bahagian yang mempunyai garis besi dipasang pada batang hidung anda. Unsur yang lebih penting untuk memastikan bahawa tangan sentiasa bersih. Kerana kita menyentuh banyak benda yang kita sendiri tidak tahu, oleh itu, adalah lebih baik untuk kita menjaga kebersihan tangan kita. Cara terbaik untuk menjaga kebersihan tangan adalah dengan mengamalkan cara yang betul untuk mencuci tangan dan mencucinya dengan lebih kerap. Gunakan sabun dan air ketika mencuci tangan atau menggunakan “hand sanitizer” (pembersih tangan) apabila air dan sabun tidak tersedia. Adalah lebih baik untuk mengelakkan jangkitan dengan memiliki kebersihan tangan daripada memakai topeng muka.
Dihebahkan bahawa antibiotik dapat membunuh virus corona. Namun hakikatnya antibiotik hanya membunuh bakteria, dan bukan untuk membunuh virus, khususnya virus corona.
9. Kerap bersin adakah berkemungkinan terkena virus corona
Walaupun pesakit yang dijangkiti dengan novel coronavirus mungkin mengalami gejala seperti bersin, batuk, demam dan kesusahan pernafasan, ini tidak bermakna orang yang mengalami gejala yang sama telah dijangkiti penyakit ini. Diagnosis biasa yang boleh dibuat dengan simptom yang sama adalah seperti selesema biasa, flu atau jangkitan paru-paru. Diagnosis novel coronavirus (n-CoV) hanya akan dibuat jika ujian serologi adalah positif. Walau bagaimanapun, adalah baik untuk mendapatkan konsultasi perubatan dan mendapatkan pemeriksaan darah jika anda mengalami gejala yang sama. Gejala boleh muncul pada bila-bila masa dari 2 hingga 14 hari selepas seseorang terdedah kepada virus.
10. Virus Corona adalah virus baru
Ya, tetapi ia tidak sama sekali baru. Wabak yang kita hadapi sekarang ialah Novel Coronavirus 2019 (n-CoV) iaitu salah satu jenis daripada keluarga Coronavirus. Strain virus ini adalah baru dan jenis virus corona sebenarnya adalah virus lama yang telah memberikan mimpi ngeri kepada orang ramai pada tahun-tahun terdahulu. Pernahkah anda mendengar tentang SARS atau MERS? Ya, kedua-duanya sebenarnya adalah dari jenis virus yang sama, iaitu Coronavirus. SARS adalah akronim bagi sindrom pernafasan akut yang teruk dan MERS adalah Coronavirus yang berkaitan dengan sindrom pernafasan timur-tengah. Perbezaannya adalah bahawa mereka berasal daripada jenis yang sama dan merupakan strain yang berbeza. Terdapat juga strain virus corona yang kurang membahaya di seluruh dunia yang boleh menyebabkan simptom pernafasan yang lebih ringan kepada pesakit yang mungkin tidak pernah kita dengar sebelum ini.
11. Vaksin flu memberi imuniti terhadap virus corona
Suntikan vaksin flu sebenarnya merupakan vaksin untuk virus Influenza. Ia adalah jenis virus yang berlainan daripada virus corona. Kita masih tidak mempunyai vaksin untuk melindungi diri daripada coronavirus sama ada SARS, MERS atau 2019 n-CoV yang terkini. Oleh itu, pastikan anda sentiasa mengamalkan amalan kebersihan yang baik dan jangan terlalu yakin dengan diri bahawa tidak akan dijangkiti virus kerana anda telah mengambil vaksin flu.
Terdapat banyak lagi pendapat yang ditularkan di media sosial tentang "myth" melawan virus corona. Namun hakikatnya sehingga kini tiada lagi ubat atau vaksin yang dapat menyembuhkan penyakiti ini.
Kredit pelbagai sumber internet.
07 April 2020
VIRUS CORONA (COVID-19) YANG SANGAT MERBAHAYA
![]() |
| Corona Virus (Covid-19) |
| Statistik Covid-19 6 April 2020 (Isnin) |
![]() |
| Statistik Covid-19 Ikut Negeri |
Kerajaan Malaysia juga telah melaksanakan pakej rangsangan ekonomi (economic stimulus package 2020) dengan tujuan untuk meringankan beban rakyat yang terkesan dengan wabak covid-19 ini apabila sebahagian rakyat khususnya golongan B40 juga tidak ketinggalan golongan M40 yang yang hilang pendapatan akibat tidak dapat bekerja atau menjalankan perniagaan. Melalui pakej rangsangan ekonomi ini, kerajaan memberi bantuan kewangan dan pengurangan kos-kos perkhidmatan dan utiliti serta kemudahan pinjaman tanpa faedah kepada rakyat. Bantuan ini diharap dapat membantu meringankan beban rakyat sepanjang PKP diadakan yang berkemungkinan besar akan dilanjutkan kepada suatu tempoh yang lama.
Aamiin Yarabbal Alamin.
21 March 2020
BAGAIMANA VIRUS CORONA MASUK KE DALAM BADAN?
Virus ini masuk ke dalam badan melalui hidung, mulut dan mata. Bukan melalui tangan. Tangan anda hanyalah pembawa virus ini ke hidung, mulut dan mata anda melalui sentuhan. Di dalam hidung, mulut dan mata ialah sel-sel mucous membranes di mana virus ini boleh melekap melalui protin yang ada di permukaan virus. Ia menggunakan receptor yang ada di permukaan sel mucous membranes kita untuk memasuk ke dalam sel mucous membranes manusia.
- Jaga kebersihan tangan
- Basuh tangan selalu dengan air dan sabun. Hanya jika TIADA air dan sabun, boleh guna sanitiser dengan kandungan 60-70% alkohol ke atas.
- Jarak sosial sekurang-kurangnya 1 meter.
- Tak payah bersalam-salaman.
- Tutup mulut bila bersin, batuk dan kemudian basuh tangan. Sebaik-baiknya gunakan mask jika anda ada gejala ini.
- Nasihat terbaru ialah DUDUK DI DALAM RUMAH dan elakkan apa-apa perhimpunan.
Kredit kepada penulis daripada Whatsapps.
05 August 2019
TAKZIAH KEPADA SAHABAT DR. HAZARUDDIN BIN HARUN
Aamiin.
Al-Fatihah untuk Allahyarham Dr. Hamirul’Aini binti Hambali.





















